Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Permaisuri Thailand masuk hospital kerana demam

Permaisuri Sirikit, ibu kepada Raja Maha Vajiralongkorn dari Thailand kini sedang dirawat di sebuah hospital di Bangkok. Demikian menurut kenyataan Biro Diraja pada Rabu (17 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Permaisuri Thailand masuk hospital kerana demam

Gambar fail Permaisuri Sirikit (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 17 Apr 2019 03:36PM Dikemas Kini : 17 Apr 2019 04:36PM

BANGKOK: Permaisuri Sirikit, ibu kepada Raja Maha Vajiralongkorn dari Thailand kini sedang dirawat di sebuah hospital di Bangkok. Demikian menurut kenyataan Biro Diraja pada Rabu (17 Apr).

Permaisuri Sirikit, 86 tahun, ialah isteri kepada mendiang Raja Bhumibol Adulyadej, yang meninggal dunia pada 2016 setelah tujuh dekad bertakhta.

Permaisuri Sirikrit jarang dilihat dalam khalayak awam namun pada tahun lalu pihak istana mengeluarkan gambar-gambar beliau untuk menandakan perayaan hari ulang tahunnya yang ke-86 pada 12 Ogos. Beliau dilihat bergambar bersama beberapa anaknya, termasuk Raja Vajiralongkorn.

Permaisuri Sirikit dimasukkan ke Hospital Chulalongkorn di Bangkok pada Selasa akibat demam yang disebabkan jangkitan pada pundi kencing, menurut pihak istana.

Banyak hari cuti umum di Thailand ada kaitan dengan keluarga diraja. Hari lahir Permaisuri Sirikit juga diraikan sebagai Hari Ibu.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan