Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Permainan papan unsur Islamik menang anugerah inovasi

Hijrah Rasulullah Education Board Game (HiREG), sebuah inovasi papan permainan Islamik, memenangi pingat emas dalam pertandingan Innovation Product Launching and Enterpreneurship (InnOPLEn) 2019 di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Kuantan, baru baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Permainan papan unsur Islamik menang anugerah inovasi

(Gambar: Facebook/HiREG)

Diterbitkan : 12 Apr 2019 12:08AM Dikemas Kini : 12 Apr 2019 12:11AM

KUALA LUMPUR: Hijrah Rasulullah Education Board Game (HiREG), sebuah inovasi papan permainan Islamik, memenangi pingat emas dalam pertandingan Innovation Product Launching and Enterpreneurship (InnOPLEn) 2019 di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Kuantan, baru baru ini.

Permainan yang dicipta melalui adaptasi hijrah Nabi Muhammad SAW itu, dihasilkan oleh pegawai psikologi dan dua pensyarah Jabatan Pengajian Am, Politeknik Merlimau, Melaka, Mohamad Hasbullah Mustafa, Mohamad Faizal Ahmat dan Mohd Faizal Md Pesa.

Encik Mohamad Hasbullah berkata selain menggunakan adaptasi penghijrahan Rasulullah, permainan didik hibur yang pertama seumpamanya itu juga berdasarkan buku Fiqh-Al Hijrah yang ditulis Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri.

“HiREG menceritakan tentang peristiwa agung Rasulullah SAW berhijrah dari Kota Makkah ke Kota Madinah yang dilengkapi dengan pelbagai maklumat seperti Kad Tokoh, Kad Ibrah, Kad Uji Minda dan Kad Amal.

“Ia bagi mendidik pemain agar memahami peristiwa hijrah Rasulullah SAW dengan lebih berkesan dan interaktif,” katanya dalam kenyataan pada Khamis (11 Apr).

Encik Mohamad Hasbullah berkata usaha mereka itu adalah untuk mengisi kekurangan permainan berbentuk Islam di pasaran.

Permainan itu juga sesuai untuk seisi keluarga dengan objektif utama mendidik mengenai sirah Nabi Muhammad SAW dengan lebih berkesan, katanya.

Beliau juga bercadang untuk menyertai lebih banyak pertandingan inovasi, di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, bagi mengetengahkan permainan itu.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan