Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perkelahan bertukar tragedi, 3 termasuk 2 beradik mati lemas

Kegembiraan dua beradik beriadah bersama lima rakan sempena cuti Tahun Baru Cina di air terjun Sungai Sendat, Ulu Yam, Kuala Kubu Bharu berakhir dengan tragedi apabila kedua-dua mereka dan seorang lagi mati lemas hari ini (16 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Perkelahan bertukar tragedi, 3 termasuk 2 beradik mati lemas

(Gambar: JBPM)

Diterbitkan : 16 Feb 2018 06:03PM Dikemas Kini : 16 Feb 2018 06:06PM

KUALA LUMPUR: Kegembiraan dua beradik beriadah bersama lima rakan sempena cuti Tahun Baru Cina di air terjun Sungai Sendat, Ulu Yam, Kuala Kubu Bharu berakhir dengan tragedi apabila kedua-dua mereka dan seorang lagi mati lemas hari ini (16 Feb).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan berkata mangsa ialah B. Nagulan, 20, abangnya B. Peacaiswaran, 25, dari Alor Setar, Kedah, dan G. Ganesan, 23, dari Pelabuhan Klang, Selangor.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira 11.45 pagi itu, dua daripada mereka dikatakan tergelincir ke dalam air terjun dan cuba diselamatkan seorang lagi mangsa yang turut tergelincir sebelum lemas.

"Dua mayat mangsa dibawa keluar dari dasar air terjun pada 12.50 tengah hari manakala seorang lagi dibawa ke darat oleh orang awam," kata Encik Kamil.

Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Kuala Kubu Bharu di lokasi kejadian.

Encik Kamil berkata kumpulan rakan termasuk dua perempuan itu tiba di kawasan air terjun berkenaan dari Pelabuhan Klang pada kira-kira 10.45 pagi.

Rakan-rakan yang melihat kejadian itu kemudiannya menghubungi pihak bomba untuk meminta bantuan kecemasan bagi menyelamatkan mangsa.

Kesemua mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat, kata Kamil.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Lim Bak Phai berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan