Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perjuangan M'sia lawan COVID-19 belum berakhir, tegas Khairy

Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin berkata perjuangan menentang COVID-19 belum berakhir dan beliau menasihati orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Perjuangan M'sia lawan COVID-19 belum berakhir, tegas Khairy

Petugas perubatan di M'sia lengkap berpakaian PPE berehat seketika di pagar. (Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 23 Nov 2021 10:18AM Dikemas Kini : 23 Nov 2021 10:20AM

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin berkata perjuangan menentang COVID-19 belum berakhir dan beliau menasihati orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Bercakap semasa majlis penyerahan sumbangan korporat Keluarga Malaysia pada Isnin (22 Nov), beliau berkata Malaysia masih berdepan cabaran meskipun situasi COVID-19 semakin pulih dengan kes harian menunjukkan trend penurunan.

Malaysia mencatatkan kes baru COVID-19 bawah angka 5,000 kes pada Ahad dan Isnin.

"Kita tahu bahawa ini adalah virus yang sangat degil, ia tidak akan ke mana-mana tetapi kita perlu terus melangkah ke hadapan, melakukan pembukaan semula dengan selamat namun pada masa yang sama memastikan sistem penjagaan kesihatan kita tidak pincang, tidak lumpuh," katanya.

Encik Khairy turut mengingatkan mereka yang sudah mendapat janji temu untuk dos penggalak agar mengambil suntikan itu terutama golongan berusia 40 tahun dan ke atas dengan komorbiditi.

"Apa sahaja yang ditawarkan, terimalah. Ia bukan sahaja membantu anda dari segi memastikan perlindungan yang lebih baik tetapi juga membantu orang lain dengan mengurangkan risiko jangkitan," katanya.

Pada majlis Isnin, tujuh entiti termasuk syarikat berkaitan kerajaan, yayasan dan syarikat swasta menyampaikan sumbangan bukan tunai berjumlah RM41.56 juta (S$13.55 juta) kepada Kementerian Kesihatan (KKM) seperti Tabung Kebajikan Pendidikan Yayasan Taiwan Buddha yang menyumbang pelbagai peralatan perubatan bernilai RM22.6 juta (S$7.37 juta).

Encik Khairy berkata KKM menerima kira-kira RM200 juta (S$65.22 juta) sumbangan bukan tunai daripada pelbagai pihak sejak Januari 2020.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan