Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perjanjian rahsia UN-Myanmar mengenai Rohingnya, tidak jamin kerakyatan

MoU tersebut menyatakan "mereka yang pulang akan menikmati kebebasan pergi ke mana saja seperti semua warga Myanmar yang lain di wilayah Rakhine, selaras dengan undang-undang dan peraturan yang ada".

Anggaran Waktu Membaca:
Perjanjian rahsia UN-Myanmar mengenai Rohingnya, tidak jamin kerakyatan

(Gambar fail: REUTERS/ Clodagh Kilcoyne)

Diterbitkan : 30 Jun 2018 11:13AM Dikemas Kini : 30 Jun 2018 11:17AM

YANGON / COX'S BAZAR, Bangladesh: Pelarian-pelarian Rohingya yang akan pulang ke Myanmar tidak akan mempunyai jaminan kerakyatan atau kebebasan untuk pergi ke mana saja di negara itu. Demikian menurut satu perjanjian rahsia antara pemerintah Myanmar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang dapat dibaca oleh Reuters.

PBB memeterai satu perjanjian dengan Myanmar pada hujung bulan Mei yang bertujuan untuk membolehkan ratusan ribu pelarian muslim Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh untuk pulang dengan selamat tanpa dipaksa. Namun ia tidak mendedahkan butiran perjanjian itu kepada awam.

Reuters pada Jumaat (29 Jun) menyemak semula salinan memorandum persefahaman (MoU) yang dipersetujui antara pihak berkuasa PBB dan Myanmar. Draf tersebut juga dibocorkan secara online.

Kerakyatan dan hak-hak pelarian yang pulang ke Myanmar merupakan perkara utama semasa perundingan bagi perjanjian untuk memulihkan akses kepada wilayah Rakhine yang dilanda konflik untuk agensi-agensi PBB yang dilarang masuk sejak Ogos lalu.

MoU tersebut menyatakan "mereka yang pulang akan menikmati kebebasan pergi ke mana saja seperti semua warga Myanmar yang lain di wilayah Rakhine, selaras dengan undang-undang dan peraturan yang ada".

Bagaimanapun, ia tidak menjamin kebebasan untuk pergi ke mana saja menjangkaui sempadan Rakhine atau menangani undang-undang dan peraturan yang kini menghalang warga Rohingya daripada melakukan perjalanan dengan bebas, menurut teks yang dilihat oleh Reuters.

Para pemimpin pelarian dan kumpulan-kumpulan hak asasi manusia mengatakan bahawa perjanjian itu gagal memastikan hak-hak dasar warga Rohingya, sekitar 700,000 warga Rohingnya melarikan diri akibat tindakan keras tentera yang disifatkan pihak Barat sebagai "pembersihan kaum”.

Menurut seorang jurucakap PBB, dasarnya adalah "tidak mengulas mengenai dokumen-dokumen yang dibocorkan itu".

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan