Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perjanjian dengan Israel boleh buka jalan penjualan senjata AS ke UAE, kata pakar

Keadaan hubungan diplomatik yang kembali seperti biasa antara Israel dengan Amiriah Arab Bersatu boleh membuka jalan bagi lebih banyak penjualan senjata Amerika Syarikat ke negara Arab Teluk itu, menurut para pakar.

Anggaran Waktu Membaca:
Perjanjian dengan Israel boleh buka jalan penjualan senjata AS ke UAE, kata pakar

Gambar fail pesawat F35 tentera udara Israel (Gambar: REUTERS/Amir Cohen)

Diterbitkan : 15 Aug 2020 11:32AM Dikemas Kini : 15 Aug 2020 11:36AM

WASHINGTON: Keadaan hubungan diplomatik yang kembali seperti biasa antara Israel dengan Amiriah Arab Bersatu boleh membuka jalan bagi lebih banyak penjualan senjata Amerika Syarikat ke negara Arab Teluk itu, menurut para pakar.

Israel dan UAE mengumumkan pada Khamis (13 Ogos) bahawa kedua-dua pihak akan mengembalikan hubungan diplomatik seperti biasa dan menjalin hubungan baru yang meluas di bawah perjanjian yang diperantara oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Perjanjian itu menjadikan UAE hanya negara Arab ketiga setelah Mesir dan Jordan untuk membuat perjanjian sedemikian dengan Israel, yang telah menikmati akses khas kepada penjualan senjata Amerika Syarikat.

Dalam satu wawancara Radio Awam Nasional pada Jumaat (14 Ogos), Duta Besar Amerika Syarikat ke Israel David Friedman berkata bahawa "semakin Amiriah menjadi rakan kepada Israel, menjadi sekutu serantau Amerika Syarikat, saya fikir jelas ia merubah penilaian ancaman dan boleh menguntungkan Amiriah" bagi penjualan senjata pada masa depan.

Amerika Syarikat memberi jaminan bahawa Israel menerima senjata Amerika Syarikat yang lebih canggih berbanding negara-negara Arab, memberikannya apa yang dilabel sebagai "Kelebihan Ketenteraan Kualitatif" ke atas negara-negara jirannya. Salah satu contoh adalah jet F-35 buatan Lockheed Martin Co yang digunakan Israel dalam pertempuran, tetapi UAE buat masa ini tidak dapat membelinya

David Makovsky, pengarah Projek Hubungan Arab-Israel di pusat pemikir Institut Washington bagi Dasar Timur Dekat berkata kepada Reuters bahawa perjanjian itu adalah "kemenangan bagi Amiriah, yang pastinya layak untuk penjualan ketenteraan yang tidak dapat diperolehinya kerana sekatan 'kelebihan ketenteraan kualitatif' kerana bimbang teknologi tertentu boleh digunakan terhadap Israel."

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan