Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perjalanan ke S'pura, Mohd Ismail Abdullah rebah, meninggal dunia di kaunter imigresen JB

Seorang lelaki yang berusia 63 tahun rebah dan meninggal dunia di Komplex Sultan Abu Bakar di Link Kedua Malaysia-Singapura awal pagi tadi (21 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Dec 2017 08:59PM Dikemas Kini : 21 Dec 2017 09:10PM

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang berusia 63 tahun rebah dan meninggal dunia di Komplex Sultan Abu Bakar di Link Kedua Malaysia-Singapura awal pagi tadi (21 Dis).

Menurut laporan The Star, Mohd Ismail Abdullah sedang beratur di kaunter imigresen bersama isterinya ketika beliau rebah.

Pasangan tersebut tiba di kompleks tersebut dari Kuala Lumpur dan berhasrat untuk ke Singapura dengan menaiki bas, menurut pegawai bertanggungjawab bagi daerah Iskandar Puteri, Encik Noor Hashim Mohamad.

"Beliau disahkan meninggal dunia apabila ambulans tiba pada sekitar 5.00 pagi. Jenazahnya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat," kata Encik Noor Hashim menurut laporan The Star.

Pihak berkuasa berkata ia tiada kaitan dengan unsur jenayah dan menyifatkan kes itu sebagai kematian secara tiba-tiba.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan