Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perintah darurat COVID-19 di Tokyo ditarik balik

Keadaan darurat COVID-19 yang dikuatkuasakan di ibu kota Jepun, Tokyo berakhir hari ini (21 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Perintah darurat COVID-19 di Tokyo ditarik balik

Pejalan kaki di Tokyo, Jepun pada 2 February 2021. (Gambar: REUTERS/Kim Kyung-Hoon)

Diterbitkan : 21 Mar 2021 05:10PM Dikemas Kini : 21 Mar 2021 05:13PM

TOKYO: Keadaan darurat COVID-19 yang dikuatkuasakan di ibu kota Jepun, Tokyo berakhir hari ini (21 Mac).

Ia turut meliputi tiga wilayah jiran Tokyo iaitu Saitama, Chiba dan Kanagawa.

Semua restoran dan bar bagaimanapun masih diarahkan tutup sebelum 9.00 malam manakala acara besar-besaran masih dilarang.

Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga berkata jumlah kes jangkitan koronavirus sudah merosot lebih 80 peratus sejak Januari lalu.

Sungguhpun demikian sebilangan pakar prihatin kes jangkitan akan kembali meningkat.

Para kritik pula menyifatkan langkah menarik balik keadaan darurat itu sebagai satu langkah simbolik memandangkan Sukan Olimpik Tokyo bakal diadakan dalam masa kurang lima bulan.

Semalam (20 Mac), pihak berkuasa Jepun mengumumkan Sukan Olimpik tidak akan dibuka kepada para penonton luar negara.

Mereka yang sudah membeli tiket akan menerima bayaran balik.

Peraturan bagi para penonton tempatan dan warga asing yang menetap di Jepun bagaimanpun masih belum ditetapkan.

Acara larian obor olimpik selama 121 hari akan bermula pada Khamis ini. 

Sumber : Agensi berita/AI/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan