Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perintah berkurung kedua berkuat kuasa di Melbourne; lebih banyak sempadan negeri ditutup

Kepungan kedua bermula di Melbourne, bandar kedua terbesar Australia, bagi membendung gelombang kedua penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Perintah berkurung kedua berkuat kuasa di Melbourne; lebih banyak sempadan negeri ditutup

Kakitangan kecemasan bersedia bantu penduduk Melbourne, Australia di tengah perintah berkurung (Gambar: REUTERS/Melanie Burton)

Diterbitkan : 09 Jul 2020 07:03PM Dikemas Kini : 09 Jul 2020 07:11PM

SYDNEY: Kepungan kedua bermula di Melbourne, bandar kedua terbesar Australia, bagi membendung gelombang kedua penularan COVID-19.

Sekitar lima juta penduduk di 32 zon bandar Melbourne dan Mitchell Shire diletakkan di bawah perintah kepungan selama enam minggu mulai tengah malam tadi (9 Jul).

Mereka tidak dibenarkan meninggal rumah kecuali bagi kegiatan penting seperti pergi kerja dan membeli barangan keperluan asas.

Melbourne merupakan bandar utama wilayah Victoria.

Wilayah itu pula hampir terputus hubungan sama sekali dengan wilayah-wilayah lain Australia.

Sejak beberapa hari lalu, jumlah kes baru COVID-19 di Victoria bertambah tiga angka setiap hari dan kebanyakannya di Melbourne.

Hari ini ia melaporkan 165 kes baru, naik daripada 134 semalam.

Kerajaan tempatan berasa lebih bimbang kerana jangkitan kali ini berlaku dalam masyarakat berbanding pada masa lalu yang kebanyakannya kes import.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan