Images
  • vietnam COVID-19
    Gambar fail: REUTERS

Perintah berkurung 2 minggu di seluruh daerah selatan Vietnam

HANOI: Vietnam telah meletakkan seluruh daerah selatan negara itu di bawah perintah berkurung selama dua minggu bermula tengah malam Ahad (18 Jul).

Perintah berkurung itu merangkumi kawasan metropolis Mekong Delta dan Bandar Ho Chi Minh City yang merupakan pusat kewangan dan ekonomi negara itu dengan lebih daripada 35 juta orang, iaitu hampir satu pertiga daripada penduduk Vietnam.

Di bawah perintah itu semua khidmat tidak penting dihentikan dan rang ramai digesa agar duduk di rumah dan hanya keluar untuk mendapatkan keperluan asas seperti membeli makanan atau ubat-ubatan atau pergi bekerja di kilang atau perniagaan yang dibenarkan dibuka.

Penguasa penerbangan Vietnam turut mengarahkan syarikat penerbangan domestik untuk menghentikan penerbangan ke dan dari bahagian selatan sehingga 1 Ogos.

Khidmat bas dan kereta api ke dan dari wilayah-wilayah di selatan juga dihentikan.

Pihak berkuasa menyatakan perintah berkurung itu mesti dilaksanakan dengan ketat oleh kerana gelombang penularan jangkitan terkini di negara itu telah merebak ke hampir semua wilayah Vietnam.

Ini ditambah pula dengan bekalan vaksin negara yang masih terhad.

Dalam masa 24 jam yang lalu, Vietnam mencatatkan 5,926 kes jangkitan baru, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 53,830 dengan 254 kematian.

- REUTERS/RR/sm

Top