Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perhimpunan Agung UMNO tidak putuskan pemimpin dalam kerajaan letak jawatan

Naib Presiden UMNO Ismail Sabri Yaakob menjelaskan Perhimpunan Agung UMNO 2020 tidak membuat ketetapan agar semua pemimpin parti yang memegang jawatan dalam kerajaan seperti menteri dan menteri besar melepaskan jawatan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Perhimpunan Agung UMNO tidak putuskan pemimpin dalam kerajaan letak jawatan

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 01 Apr 2021 05:28PM Dikemas Kini : 01 Apr 2021 05:30PM

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO Ismail Sabri Yaakob menjelaskan Perhimpunan Agung UMNO 2020 tidak membuat ketetapan agar semua pemimpin parti yang memegang jawatan dalam kerajaan seperti menteri dan menteri besar melepaskan jawatan mereka.

Sebaliknya kata beliau, perhimpunan itu hanya menyokong usul Majlis Tertinggi (MT) parti untuk kekal dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen dibubarkan.

“Itu usul yang diterima dalam perhimpunan agung, usul kedua ialah kami terus menyokong kerajaan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan bila Parlimen dibubar, kami tidak lagi bekerjasama,” katanya kepada para pemberita hari ini (1 April).

Encik Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) berkata demikian ketika ditemui di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang serta Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

Pada Rabu (31 Mac), Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata semua menteri daripada UMNO akan terus kekal dalam kabinet kerajaan PN dan kesepakatan itu dicapai dalam pertemuan beliau dengan menteri-menteri daripada UMNO pada Isnin (29 Mac) bagi meminta nasihat berhubung kedudukan mereka dalam kabinet. 

Pada Ahad lalu (28 Mac), Perhimpunan Agung UMNO 2020 meluluskan usul untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15 dan kebersamaan dalam kerajaan PN hanya diteruskan sehingga Parlimen dibubarkan.

Mengenai masa depan kerjasama politik UMNO-PAS di bawah Muafakat Nasional menyusuli keputusan PAS untuk bersama Bersatu bagi menghadapi PRU15, Encik Ismail Sabri berkata buat masa ini kerjasama itu berjalan seperti biasa.

Malah katanya, Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini juga bersetuju agar kerjasama di bawah Muafakat Nasional itu terus diperkukuhkan.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan