Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perbicaraan Trump: Pihak pendakwa kemukakan video serangan Capitol

Perbicaraan mantan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, di Dewan Senat berterusan.

Anggaran Waktu Membaca:
Perbicaraan Trump: Pihak pendakwa kemukakan video serangan Capitol

(Gambar: Reuters/Jim Bourg)

Diterbitkan : 12 Feb 2021 07:02PM Dikemas Kini : 12 Feb 2021 07:03PM

WASHINGTON: Perbicaraan mantan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, di Dewan Senat berterusan.

Pihak pendakwa selesai membentangkan hujah mereka termasuk mengemukakan rakaman-rakaman video yang pertama kali ditunjukkan kepada umum.

Ia termasuk yang menunjukkan para pegawai keselamatan membawa keluar Naib Presiden ketika itu Mike Pence dan keluarganya dari Capitol Hill menerusi tangga belakang ke tempat selamat apabila para penyokong Encik Trump menyerang bangunan Kongres itu pada 6 Januari lalu.

Encik Pence ketika itu sedang mempengerusikan sesi Kongres untuk mengesahkan keputusan pilihan raya Presiden pada 3 November yang dimenangi Encik Joe Biden.

Dewan Perwakilan melakukan pendakwaan terhadap Encik Trump, menuduh beliau menghasut para penyokongnya melakukan pemberontakan tersebut.

Pada ketika itu Encik Trump masih menjadi Presiden.

Para peguam Encik Trump akan memulakan hujah pembelaan mereka, esok.

Mereka dijangka berhujah bahawa ucapan-ucapan dan kenyataan Encik Trump yang dikatakan bersifat hasutan dilindungi di bawah Pindaan Pertama dalam Perlembagaan Negara yang menjamin kebebasan bersuara.

Pasukan peguam Encik Trump juga membayangkan tidak akan menggunakan sepenuhnya 16 jam masa yang diberi untuk melakukan pembelaan mereka.

Sumber : Agensi berita/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan