Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perbicaraan rasuah bermula, Netanyahu tolak tuduhan 'sangat bodoh'

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu tiba di mahkamah Baitulmakdis pada Ahad (24 Mei) untuk memulakan perbicaraan atas tuduhan rasuah, selepas baru saja menubuhkan pemerintah berikutan kebuntuan lebih 500 hari selepas pilihan raya.

Anggaran Waktu Membaca:
Perbicaraan rasuah bermula, Netanyahu tolak tuduhan 'sangat bodoh'

PM Israel Benjamin Netanyahu.

Diterbitkan : 24 May 2020 10:46PM Dikemas Kini : 24 May 2020 10:50PM

BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu tiba di mahkamah Baitulmakdis pada Ahad (24 Mei) untuk memulakan perbicaraan atas tuduhan rasuah, selepas baru saja menubuhkan pemerintah berikutan kebuntuan lebih 500 hari selepas pilihan raya.

Beliau menolak tuduhan tersebut sebagai "sangat bodoh" dan menghadapinya "dengan bangga".

Tokoh politik mapan itu, menjadi pemimpin pertama negara itu yang menghadapi tuduhan rasuah ketika masih memegang jawatan.

Diapit para menteri dan pengawal peribadi, Netanyahu bercakap kepada para wartawan sebelum memasuki Mahkamah Daerah Baitulmakdis di mana beliau menghadapi tuduhan rasuah, penipuan dan pecah amanah yang difailkan terhadapnya Januari lalu.

Beliau menyelar tuduhan yang disifatkan sebagai "diada-adakan dan sangat bodoh" sambil berkata: "Saya di sini berdiri tegak dan bangga."

Perdana menteri yang paling lama berkhidmat dalam sejarah Israel itu sekian lama mendakwa menjadi mangsa momokan politik dan sekali lagi menegaskan bahawa tuduhan itu diada-adakan untuk menghalangnya daripada terus memegang jawatan.

Netanyahu juga menggesa "agar semuanya disiarkan secara langsung dan tidak disembunyikan supaya orang ramai tahu".

Nentanyahu, 70 tahun, didakwa pada Januari atas tuduhan rasuah, penipuan dan pecah amanah dalam beberapa kes.

Antara tuduhan terhadapnya termasuk memberi insentif secara haram sebagai balasan untuk mendapat liputan media positif .
Dia juga dituduh menerima habuan seprti cerut, minuman keras dan barang kemas bernilai 700,000 shekel (S$282,390) sebagai sogokan daripada golongan kaya untuk melakukan perkara tertentu. 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan