Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perbicaraan kes Ahmad Zahid Hamidi bermula 8 Julai

Seramai 20 saksi pendakwa akan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan kes Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang ditetapkan selama 18 hari di Mahkamah Tinggi di sini bermula 8 Julai ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Perbicaraan kes Ahmad Zahid Hamidi bermula 8 Julai

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 22 Mar 2019 06:59PM Dikemas Kini : 22 Mar 2019 07:10PM

kUALA LUMPUR: Seramai 20 saksi pendakwa akan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan kes Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang ditetapkan selama 18 hari di Mahkamah Tinggi di sini bermula 8 Julai ini.

Mantan Timbalan Perdana Menteri itu menghadapi 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram, membabitkan nilai puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh 8 hingga 11 Julai, 15 hingga 17 Julai, 5 Ogos hingga 8 Ogos, 19 hingga 22 Ogos serta 10 hingga 12 September untuk perbicaraan.

Mahkamah menetapkan tarikh tersebut semasa sebutan kali pertama kes itu pada Jumaat (22 Mac) selepas kes berkenaan dibenarkan dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Dr Ahmad Zahid, 66 tahun, juga mengekalkan pengakuan tidak bersalah atas kesemua pertuduhan itu setelah ia dibacakan satu persatu kepadanya yang mengambil masa hampir sejam.

“Faham pertuduhan. Saya tak mengaku,” katanya yang berdiri dalam kandang tertuduh ketika ditanya jurubahasa sama ada beliau faham pertuduhan dan pengakuannya.

Hakim Collin juga menetapkan 9 Mei untuk pengurusan kes bagi pihak-pihak terlibat memaklumkan perkembangan penyerahan dokumen mengikut Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah.

Dr Ahmad Zahid didakwa telah menggunakan dana itu untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendirian, dasar insurans serta lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia. 

Sumber : Bernama/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan