Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perbicaraan kes Ahmad Zahid berkaitan dana Yayasan Akalbudi bermula esok

Perbicaraan kes bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan bermula esok di Mahkamah Tinggi di sini.

Anggaran Waktu Membaca:
Perbicaraan kes Ahmad Zahid berkaitan dana Yayasan Akalbudi bermula esok

Gambar fail Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 17 Nov 2019 09:04PM Dikemas Kini : 17 Nov 2019 09:07PM

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan bermula esok di Mahkamah Tinggi di sini.

Dr Ahmad Zahid, yang juga presiden UMNO, berdepan 47 pertuduhan melibatkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi Hakim Collin Lawrence Sequerah terlebih dahulu akan mendengar permohonan Dr Ahmad Zahid untuk mencabar Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, dari segi perlembagaan, yang melibatkan tuduhan yang dihadapinya.

Pada 22 Mac, Timbalan Pendakwa Raya Encik Raja Rozela Raja Toran memaklumkan mahkamah bahawa pendakwaan akan memanggil 20 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan itu.

Pada 19 Okt dan 14 Dis, 2018, serta 20 Feb tahun ini, Dr Ahmad Zahid, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seysen di sini terhadap 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah (CBT), lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Bagi pertuduhan CBT, Dr Ahmad Zahid, 66 tahun, didakwa menggunakan dana berkenaan untuk membuat enam pembayaran kad kredit milik persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagi lapan tuduhan rasuah, Dr Ahmad Zahid didakwa menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya seorang Pegawai Badan Awam iaitu Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membantu syarikat-syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG.

Ia bagi melaksanakan penambahan pembekalan cip pasport selama lima tahun atau 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman biodata polycarbonate Pasport Malaysia untuk Jabatan Imigresen Malaysia, sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti di Pakistan dan Nepal di bawah kendalian KDN.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan melibatkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.

Dr Ahmad Zahid juga berdepan 40 pertuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN), menjadikan tuduhan yang dihadapinya sebanyak 87 pertuduhan. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan