Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Peraturan jarak selamat tahap tertinggi di Seoul susuli kemunculan semula COVID-19

Korea Selatan pada Jumaat (9 Jul) mengumumkan sebahagian besar kawasan ibu kota Seoul akan diletakkan di bawah peraturan jarak paling ketat ekoran kebimbangan penularan gelombang keempat COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Peraturan jarak selamat tahap tertinggi di Seoul susuli kemunculan semula COVID-19

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 09 Jul 2021 06:22PM Dikemas Kini : 09 Jul 2021 06:31PM

SEOUL: Korea Selatan pada Jumaat (9 Jul) mengumumkan sebahagian besar kawasan ibu kota Seoul akan diletakkan di bawah peraturan jarak paling ketat ekoran kebimbangan penularan gelombang keempat COVID-19.

Menurut agensi berita Yonhap, keputusan untuk melaksanakan garis panduan Tahap 4 di Seoul, wilayah Gyeonggi and Incheon dibuat dalam satu mesyuarat antara agensi dipengerusikan Perdana Menteri Kim Boo-kyum.

Ia berkuat kuasa selama dua minggu bermula Isnin.

Di bawah garis panduan Tahap 4, perhimpunan dalam kumpulan lebih daripada dua orang dilarang selepas 6 petang. Upacara pengebumian dan majlis perkahwinan hanya boleh dihadiri saudara mara manakala tempat-tempat hiburan termasuk kelab malam diarah ditutup. Restoran pula hanya dibenarkan menerima pelanggan makan di premis sehingga 10 malam.

Pemerintah juga memutuskan untuk menggantung program insentif bagi mereka yang sudah lengkap menerima suntikan vaksin seperti peraturan tidak perlu memakai pelitup dan tiada batas tamu bagi perjumpaan privet.

"Di Seoul sahaja, lebih 500 kes dikesan setiap hari buat tiga hari berturut-turut manakala empat daripada lima kes yang dilaporkan di peringkat negara adalah di kawasan sekitra ibu kota," kata PM Kim.

Korea Selatan melaporkan kes harian tertinggi hari ini sebanyak 1,316 jangkitan baru sejak ia melaporkan kes pertamanya pada awal 2020.

Jika dibiarkan tidak terkawal, Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea menganggarkan, kes jangkitan baru di negara itu boleh mencecah 2,140 setiap hari menjelang lewat Julai. 

Sumber : Bernama/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan