Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perarakan Tongkang Diraja Thailand ditangguh ke 12 Disember

 Perarakan tongkang diraja yang dijadual berlangsung pada 24 Oktober untuk menyempurnakan istiadat akhir pemahkotaan Raja Maha Vajiralongkorn pada Mei tahun ini akan ditangguhkan pada 12 Disember.

Anggaran Waktu Membaca:
Perarakan Tongkang Diraja Thailand ditangguh ke 12 Disember

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 18 Oct 2019 12:46PM Dikemas Kini : 18 Oct 2019 12:50PM

BANGKOK: Perarakan tongkang diraja yang dijadual berlangsung pada 24 Oktober untuk menyempurnakan istiadat akhir pemahkotaan Raja Maha Vajiralongkorn pada Mei tahun ini akan ditangguhkan pada 12 Disember.

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Wissanu Krea-ngam berkata keputusan itu dibuat selepas pihak penganjur meramalkan arus kuat dan paras air meningkat di Sungai Chao Phraya serta keadaan cuaca akan menimbulkan kesukaran semasa perarakan.

Berdasarkan latihan dan mesyuarat, beliau berkata kerajaan menasihatkan raja untuk menetapkan tarikh baharu bagi perarakan tongkang diraja.

"Raja berkenan dan menetapkan tarikh baharu pada 12 Disember," katanya pada sidang media di Parlimen di sini pada Khamis.

Sebanyak 52 tongkang emas dengan 2,200 pengayuh akan belayar sepanjang Sungai Chao Phraya untuk menyempurnakan upacara pertabalan Raja Vajiralongkorn pada Mei tahun ini.

Upacara itu dijadual bermula di pangkalan diraja Wasukri dan berakhir di pangkalan Ratchaworadit, bersebelahan Grand Palace pada 24 Oktober. Perarakan sejauh 3.4 kilometer itu mengambil masa kira-kira 45 minit.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan