Images
  • japan enthronement parade
    (Gambar: Reuters)

Perarakan diraja sempena pertabalan maharaja Jepun

JEPUN: Satu perarakan diraja berlangsung di Tokyo hari ini (10 Nov) sebagai menandakan berakhirnya upacara pertabalan Maharaja Naruhito dan Maharani Masako.

Perarakan diraja itu bermula dari Istana Raja pada pukul tiga petang waktu tempatan.

Ia berlangsung selama 30 minit dan melalui jalan raya sejauh 4.6 kilometer.

Puluhan ribu rakyat Jepun dari merata negara itu memadati sepanjang laluan perarakan untuk menyaksikan upacara bersejarah tersebut.

Berusia 59 tahun, Maharaja Naruhito naik takhta pada Mei lalu setelah ayahnya, Akihito, menjadi maharaja Jepun yang pertama turun takhta dalam masa 200 tahun.

Acara itu sepatutnya berlangsung pada 22 Oktober lalu semasa upacara pertabalan Maharaja Naruhito yang dihadiri para tetamu khas dari kira-kira 190 negara.

Bagaimanapun, ia terpaksa ditangguhkan setelah Taufan Hagibis melanda Jepun.

- Agensi berita/SY/ha

Top