Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perang 3 tahun sudah berakhir, isytihar PM Iraq

Perdana Menteri Iraq Haider al-Abadi hari ini (9 Dis) mengisytiharkan berakhirnya perang tiga tahun untuk mengusir kumpulan militan ISIS keluar dari negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Perang 3 tahun sudah berakhir, isytihar PM Iraq

Encik Haider al-Abadi (berbaju dan topi hitam). (Gambar: Haider al-Abadi/Twitter)

Diterbitkan : 09 Dec 2017 09:45PM Dikemas Kini : 09 Dec 2017 09:48PM

BAGHDAD: Perdana Menteri Iraq Haider al-Abadi hari ini (9 Dis) mengisytiharkan berakhirnya perang tiga tahun untuk mengusir kumpulan militan ISIS keluar dari negara itu.

Pasukan tentera Iraq juga sudah mengawal sepenuhnya kawasan sempadan dengan Syria.

"Pasukan-pasukan kami menguasai sepenuhnya sempadan Iraq-Syria dan dengan itu saya mengisytiharkan berakhirnya perang ke ats Daesh (ISIS)," isytihar Encik Haider semasa satu sidang yang diadakan di Baghdad.

"Musuh kita mahu membunuh ketamadunan kita namun kami sudah menang menerusi perpaduan dan tekad kita. Kita menang dalam waktu yang singkat," kata beliau.

ISIS merampas sebahagian besar kawasan di utara dan barat Baghdad dalam satu serangan kilat pada tahun 2014, yang mengancam kewujudan negara itu.

Serangan balas Iraq disokong ofensif-ofensif udara oleh perikatan pimpinan Amerika Syarikat sekaligus menawan semula bandar-bandar tersebut daripada cengkaman militan.

"Saya mengisytiharkan berita gembira ini: Seluruh sempadan Iraq-Syria sudah dibebaskan oleh pasukan tentera Iraq," beliau memberitahu sidang media yang dianjurkan oleh kesatuan wartawan Iraq. 

Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan