Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perancis siasat percubaan bunuh 3 pelajar China di bandar Toulouse

Pihak berkuasa Perancis sedang menyiasat percubaan hendak membunuh tiga pelajar dari China di luar sebuah kampus universiti berhampiran bandar Toulouse.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Nov 2017 08:20PM Dikemas Kini : 11 Nov 2017 10:11PM

PERANCIS: Pihak berkuasa Perancis sedang menyiasat percubaan hendak membunuh tiga pelajar dari China di luar sebuah kampus universiti berhampiran bandar Toulouse.

Seorang lelaki yang memandu kereta sengaja merempuh tiga pelajar itu di tempat menyeberang jalan.

Dua daripada mereka cedera parah.

Polis sudahpun dapat menangkap pemandu kereta itu yang berusia 28 tahun.

Menurut polis lelaki itu tidak termasuk dalam senarai pengganas tetapi pernah mengalami masalah psikiatrik yang serius dan melakukan jenayah-jenayah kecil.

Sumber : AFP/MU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan