Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perancis mungkin kuatkuasa perintah darurat bagi cegah berulangnya rusuhan awam

Perancis mungkin menguatkuasakan perintah darurat bagi mencegah berulangnya terjadi rusuhan awam di negara itu, antara yang terburuk dalam tempoh lebih sepuluh tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Dec 2018 09:34PM Dikemas Kini : 02 Dec 2018 10:31PM

PERANCIS: Perancis mungkin menguatkuasakan perintah darurat bagi mencegah berulangnya terjadi rusuhan awam di negara itu, antara yang terburuk dalam tempoh lebih sepuluh tahun.

Dalam masa yang sama, jurucakap pemerintah menggesa para penunjuk perasaan yang mengadakan bantahan secara aman supaya berunding dengan pihak pemerintah.

Dalam rusuhan pada Sabtu (1 Dis), beberapa kumpulan lelaki yang bersenjatakan batang-batang besi dan kapak mengganas di jalan-jalan raya di pusat ibu kota Paris.

Mereka membakar lebih 10 kenderaan dan bangunan.

Pihak polis melepaskan gas pemedih mata dan pancutan air ke arah para penunjuk perasaan di Champs-Elysées, ibu kota Paris.

Lebih 110 orang dilaporkan cedera dan kira-kira 140 penunjuk perasaan diberkas.

Seorang kini dalam keadaan kritikal apabila pintu pagar di Taman Tuileries yang ditarik penunjuk-penunjuk perasaan, jatuh menghempap beberapa orang.

Bantahan menentang cukai minyak diesel di Perancis ini bermula dua minggu lalu dan kini semakin meluas berikutan kemarahan orang ramai terhadap kenaikan kos sara hidup.

Majoriti mereka yang berjaket kuning mengadakan membantah secara aman.

Namun jelas ada penghasut yang memburukkan keadaan, mencetuskan pertempuran dengan pihak polis.

Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya 190 kebakaran berlaku di Paris dalam bantahan tersebut.

Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata dasar melaksanakan cukai minyak bertujuan mengekang kenaikan suhu bumi.

Sumber : Reuters/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan