Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perancis, Jerman laksana sekatan sedang Eropah dilanda gelombang kedua COVID-19

Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Canselor Jerman Angela Merkel melaksanakan semula sekatan pergerakan di negara mereka pada Rabu (28 Okt), sedang Eropah berdepan ancaman gelombang kedua besar-besaran jangkitan virus korona sebelum musim sejuk.

Anggaran Waktu Membaca:
Perancis, Jerman laksana sekatan sedang Eropah dilanda gelombang kedua COVID-19

(Gambar: AFP/JEFF PACHOUD)

Diterbitkan : 29 Oct 2020 07:49AM Dikemas Kini : 29 Oct 2020 07:53AM

BERLIN/PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Canselor Jerman Angela Merkel melaksanakan semula sekatan pergerakan di negara mereka pada Rabu (28 Okt), sedang Eropah berdepan ancaman gelombang kedua besar-besaran jangkitan virus korona sebelum musim sejuk.

Pasaran saham dunia menjunam sebagai menyusuli bahawa ekonomi-ekonomi terbesar di Eropah akan mengenakan sekatan seluruh negara yang hampir menyerupai langkah-langkat ketat yang mengheret ekonomi global tahun ini ke kancah kemelesetan terburuk dalam beberapa generasi.

Di bawah langkah-langkah baru yang dikuatkuasakan Perancis pada Jumaat, orang ramai mesti duduk di rumah kecuali untuk membeli barang-barang keperluan, mendapatkan bantuan perubatan, atau bersenam hingga satu jam sehari. Mereka akan dibenarkan datang bekerja jika majikan mereka menganggap adalah mustahil bagi mereka untuk bekerja dari rumah. Sekolah-sekolah akan terus dibuka.

Sesiapa yang meninggalkan kediaman mereka di Perancis sekarang perlu membawa surat keizinan, yang boleh diperiksa oleh polis.

Jerman akan menutup pusat hiburan malam, restoran dan teater dari 2-30 November di bawah langkah-langkah yang dipersetujui antara Cik Merkel dengan para ketua pemerintah daerah. Sekolah-sekolah akan tetap dibuka, dan kedai-kedai akan dibenarkan beroperasi namun akses dihadkan secara ketat.

Jumlah kes jangkitan di Perancis telah melonjak melepasi 36,000 kes baru sehari. Jerman, yang kurang terjejas berbanding negara-negara jirannya di Eropah awal tahun ini pula menyaksikan lonjakan mendadak bilangan jangkitan.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan