Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perancis haramkan guna telefon bimbit dalam kereta meski enjin dimatikan

Menggunakan telefon bimbit walaupun selepas memberhentikan kenderaan boleh menyebabkan lesen memandu seseorang digantung di Perancis.

Anggaran Waktu Membaca:
Perancis haramkan guna telefon bimbit dalam kereta meski enjin dimatikan

Gambar hiasan. (Gambar: DAVID MCNEW / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / AFP)

Diterbitkan : 08 Feb 2018 02:56PM Dikemas Kini : 08 Feb 2018 03:02PM

PARIS: Menggunakan telefon bimbit walaupun selepas memberhentikan kenderaan boleh menyebabkan lesen memandu seseorang digantung di Perancis.

Demikian lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan berita tempatan.

Dalam satu penghakiman mahkamah tinggi pada Februari, pemandu di Perancis dilarang menggunakan telefon bimbit bukan sahaja ketika memandu malah sewaktu enjin kenderaan dimatikan, selagi seseorang itu tidak berhenti di kawasan parkir yang sudah ditetapkan, lapor akhbar Le Figaro.

Lesen pemandu yang melanggar undang-undang itu mungkin digantung serta-merta, hukuman yang lebih berat berbanding tindakan memotong mata atau denda seperti sebelumnya.

Satu-satunya pengecualian adalah apabila kereta rosak dan ketika seseorang itu terlibat dalam kemalangan, menurut penghakiman baru tersebut.

Perancis memperketat tindakan terhadap perbuatan memandu secara berbahaya menyusuli kadar kemalangan jalan raya yang semakin meningkat. 

Baru-baru ini, ia turut mengurangkan had laju di jalan raya dua lorong dari 90 kilometer kepada 80 kilometer sejam.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan