Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perancis benarkan perhimpunan agama namun jemaah mesti pakai pelitup

Perancis akan membenarkan perhimpunan keagamaan disambung semula selepas penggantungan selama dua bulan akibat wabak COVID-19, namun para jemaah perlu memakai pelitup muka, menurut kementerian dalam negeri Perancis.

Anggaran Waktu Membaca:
Perancis benarkan perhimpunan agama namun jemaah mesti pakai pelitup

Jemaah di masjid Tahara di selatan Perancis memakai pelitup muka (Gambar: AFP/CLEMENT MAHOUDEAU)

Diterbitkan : 23 May 2020 10:19AM Dikemas Kini : 23 May 2020 10:25AM

PARIS: Perancis akan membenarkan perhimpunan keagamaan disambung semula selepas penggantungan selama dua bulan akibat wabak COVID-19, namun para jemaah perlu memakai pelitup muka, menurut kementerian dalam negeri Perancis.

Kementerian itu menyatakan pada lewat Jumaat (22 Mei) bahawa pihaknya akan mengeluarkan perintah yang menetapkan peraturan baru bagi perhimpunan agama.

Di bawah perintah itu, larangan perhimpunan yang dilaksanakan pada Mac, sebagai sebahagian dari usaha pemerintah untuk membendung virus korona, akan ditarik balik. Namun kegiatan ibadah secara beramai-ramai perlu mematuhi syarat-syarat, termasuk memakai pelitup, menjaga jarak sekurang-kurangnya satu meter antara jemaah dan mencuci tangan, menurut satu kenyataan kementerian itu.

Pemerintah Perancis melonggarkan beberapa sekatan pergerakannya awal bulan ini, namun tidak melonggarkan larangan beribadah beramai-ramai. Ia menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kumpulan-kumpulan agama, yang mendakwa mereka dilayan secara tidak adil.

Kenyataan kementerian itu menjelaskan kegiatan ibadah dijangka akan disambung semula dari permulaan Jun, tetapi dalam beberapa kes tertentu, kumpulan-kumpulan agama boleh beribadah bersama setelah peraturan baru dikeluarkan, yang dikatakan akan diumumkan "dalam beberapa jam mendatang."

Umat ​​Islam - yang menurut laporan Pusat Penyelidikan Pew pada 2017 membentuk sekitar 9 peratus penduduk Perancis - menyambut Aidilfitri pada hujung minggu ini.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan