Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Peralihan kuasa kian hangat dibahaskan di Jerman

Canselor Jerman Angela Merkel yang beberapa kali dilihat tangannya terketar-ketar di depan khalayak ramai menghangatkan lagi perdebatan dalam kalangan ahli partinya sama ada beliau patut menyerahkan tampuk kepimpinannha lebih awal, sebelum 2021. 

Anggaran Waktu Membaca:
Peralihan kuasa kian hangat dibahaskan di Jerman

Canselor Jerman, Angela Merkel. (Gambar: REUTERS/Hannibal Hanschke)

Diterbitkan : 12 Jul 2019 09:03AM Dikemas Kini : 12 Jul 2019 09:08AM

BERLIN: Canselor Jerman Angela Merkel yang beberapa kali dilihat tangannya terketar-ketar di depan khalayak ramai menghangatkan lagi perdebatan dalam kalangan ahli partinya sama ada beliau patut menyerahkan tampuk kepimpinan lebih awal, sebelum 2021. Demikian menurut sumber-sumber kanan parti.

Cik Merkel, 64 tahun, terketar-ketar buat kali ketiga ketika menghadiri majlis untuk menyambut Perdana Menteri Finland. Canselor itu melanggar tradisi apabila hanya duduk dan tidak berdiri seperti yang dilakukannya di majlis sama bagi Perdana Menteri Denmark di Berlin, pada Khamis.

Cik Merkel bagaimanapun tidak menunjukkan tanda-tanda sedemikian dalam acara itu pada Khamis. Beliau kemudian memberi jaminan mengenai kesihatannya, namun enggan mengulas lanjut.

“Saya sedar tanggungjawab saya. Saya berkelakuan yang sewajarnya berhubung kesihatan. Saya menjaga kesihatan saya,” katanya dalam sidang media, selepas bertemu dengan Perdana Menteri Denmark Mette Frederiksen.

Meskipun Cik Merkel menegaskan beliau ‘tidak apa-apa’, pada Rabu, kebimbangan mengenai kesihatannya menghangatkan perbincangan dalam parti Kesatuan Demokratik Kristian (CDU) berhubung bilakah beliau patut menyerahkan kuasa kepada anak didiknya, Annegret Kramp-Karrenbauer.

Cik Merkel sudah berkhidmat sejak 2005 dan beliau sudahpun mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya seterusnya, pada akhir penggal parlimen apabila ia tamat pada tahun 2021. Malah, Disember lalu beliau menyerahkan peranan ketua CDU kepada Kramp-Karrenbauer sekali gus, dilihat sebagai tanda bermulanya proses penyerahan kuasa.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan