Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perak anjur Ujian Tilawah Al-Quran Remaja secara online

Kerajaan negeri Perak akan menganjurkan Ujian Tilawah Al-Quran Remaja Peringkat Negeri Perak secara online buat julung kali bermula Selasa ini sehingga 18 Mei, bersempena dengan sambutan Nuzul Al-Quran tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Perak anjur Ujian Tilawah Al-Quran Remaja secara online

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 10 May 2020 11:14PM Dikemas Kini : 10 May 2020 11:16PM

IPOH: Kerajaan negeri Perak akan menganjurkan Ujian Tilawah Al-Quran Remaja Peringkat Negeri Perak secara online buat julung kali bermula Selasa ini sehingga 18 Mei, bersempena dengan sambutan Nuzul Al-Quran tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata ujian tilawah bertemakan 'Moh Kome Kite Ngaji' terbahagi kepada kategori lelaki dan wanita itu terbuka kepada anak kelahiran Perak berumur 15 hingga 21 tahun dengan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM11,700 (S$3,800) menanti pemenang.

"Konsep ujian ini selaras dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dan ia diadakan sepenuhnya secara dalam talian.

"Peserta perlu merakam bacaan ayat al-Quran dalam bentuk video berdurasi kurang lima minit dan menghantar rakaman tersebut ke pautan yang disediakan," katanya dalam kenyataan pada Ahad (10 Mei).

Beliau berkata video yang dihantar mestilah tulen dan tidak disunting serta dirakam selepas 12 Mei dengan Taranum wajib Bayyati serta Sikah dan pihak urus setia akan menghubungi peserta yang berjaya bagi mendapatkan sendiri pengesahan bacaan daripada mereka.

Menurutnya, penganjuran ujian berkenaan bertujuan untuk mengetengahkan bakat muda dalam pembacaan al-Quran di samping memupuk semangat cintakan dan mendatangkan minat mempelajari seni bacaan kitab suci itu dalam kalangan remaja.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan