Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perairan Johor dijangka terus jadi tumpuan kegiatan jenayah, dedah penguat kuasa maritim M'sia

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjangkakan perairan Johor akan terus menjadi tumpuan kegiatan jenayah di laut terutama aktiviti rentas sempadan membabitkan kegiatan penyeludupan pendatang asing.

Anggaran Waktu Membaca:
Perairan Johor dijangka terus jadi tumpuan kegiatan jenayah, dedah penguat kuasa maritim M'sia

Gambar: BERNAMA

Diterbitkan : 22 Nov 2021 01:05PM Dikemas Kini : 22 Nov 2021 01:07PM

MUAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjangkakan perairan Johor akan terus menjadi tumpuan kegiatan jenayah di laut terutama aktiviti rentas sempadan membabitkan kegiatan penyeludupan pendatang asing.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata demikian menyusuli pembukaan banyak sektor ekonomi ketika ini seperti perdagangan, perkapalan, pertanian dan peladangan yang cukup pesat berbanding negeri lain.

“Situasi berkenaan membuka jalan kepada pihak tidak bertanggungjawab membawa masuk orang asing melalui jalan yang tidak sah.

“Faktor geografi Johor yang terlalu dekat dengan negara jiran iaitu hanya satu jam jika melalui jalan laut dan menjadi pintu sempadan ke negara ini, juga antara penyebab negeri ini jadi tumpuan,” katanya.

Beliau berkata demikian di Operasi Redback ke-16 iaitu kerjasama antara APMM dan Angkatan Kawalan Sempadan Australia (ABF)di Sungai Sarang Buaya, Muar yang turut dihadiri wakil ABF Supt John Fleming.

Justeru, Mohd Zubil berkata pihaknya akan menggerakkan 45 aset laut sekurang-kurangnya untuk beroperasi setiap hari bagi mengawal sempadan tidak termasuk pesawat udara bagi mengekang jenayah rentas sempadan daripada terus meningkat.

Mengenai Operasi Redback 16, beliau berkata ia merupakan inisiatif kerjasama antara kedua-dua agensi tersebut dalam usaha mengekang, membanteras dan memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan melalui kawasan perairan sejak 2013.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan