Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penyu diraja Kemboja yang diancam pupus bertelur dalam peliharaan

Buat pertama kalinya di Kemboja seekor penyu daripada spesies terancam bertelur dalam peliharaan. Demikian dedah para aktivis pemuliharaan minggu ini dalam satu perkembangan yang dianggap sebagai kemenangan besar bagi perlindungan haiwan di negara itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Penyu diraja Kemboja yang diancam pupus bertelur dalam peliharaan

Penyu diraja Kemboja bertelur buat pertama kalinya dalam pemuliharaan. (Gambar: AFP/Handout)

Diterbitkan : 03 Mar 2021 08:47PM Dikemas Kini : 03 Mar 2021 09:06PM

PHNOM PENH: Buat pertama kalinya di Kemboja seekor penyu daripada spesies terancam bertelur dalam peliharaan. Demikian dedah para aktivis pemuliharaan minggu ini dalam satu perkembangan yang dianggap sebagai kemenangan besar bagi perlindungan haiwan di negara itu.

Haiwan itu merupakan satu daripada lima penyu diraja - pada mulanya ditakuti sudah pupus - yang mengeluarkan lebih daripada 70 telur.

Kemboja menjadi tempat tinggal bagi beberapa jenis penyu terancam. Bagaimanapun bilangannya menjunam kerana permintaan bagi penyu di Vietnam dan China sebagai juadah istimewa dan digunakan untuk perubatan tradisional.

Penyu diraja, yang disifatkan secara rasmi sebagai terapin sungai selatan, hampir menjadi pupus kerana diburu dan kerana pelombongan pasir memusnahkan tebing sungai di mana ia bertelur.

Kerosakan yang ditimpakan sangat teruk sehingga pada tahun 2000, ia dikhuatiri sudah pupus di Kemboja. Akhirnya sarang-sarang penyu itu dijumpai dan usaha pemuliharaan dengan berhati-hati dimulakan.

Telur penyu diraja ditimbang. (Gambar: AFP/Handout)

Pada Selasa (2 Mac), Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar (WCS) mengumumkan bahawa empat penyu diraja bertelur dalam peliharaan - dan seekor penyu yang diberi ke pusat pemuliharaan di wilayah bahagian selatan barat Koh Kong di Kemboja - berjaya mengeluarkan 71 biji telur.

"Ini pertama kali penyu diraja betina dalam peliharaan ini bertelur sejak bertapak di pusat itu pada 2006," kata Encik Som Sitha, pengurus projek pemuliharaan di WCS.

"Pasukan kami akan membuat sarang buatan untuk tujuan pengeraman atau membiarkannya sahaja."

Memandangkan spesies ini jarang ditemui di alam liar, penyu yang berjaya bertelur ini merupakan satu kemenangan besar bagi Kemboja.

"Kami menjangka akan dapat menghasilkan jumlah yang besar bagi penyu diraja dalam tawanan dan membebaskannya kembali ke alam liar," kata Encik Steven Platt dari WCS.

Sejak usaha-usaha pemuliharaan ini bermula, beberapa penyu diraja sudah pun dilepaskan kembali ke alam semula jadi.

Ia datang dari telur-telur yang diambil dari alam semula jadi dan dipelihara, untuk melindunginya daripada bahaya yang mengancam jumlah spesies ini.

Pusat Pemuliharaan Reptilia di Koh Kong - salah satunya kemudahan khas pemuliharaan penyu - kini menempatkan 192 penyu diraja dan merancang untuk membebaskan 50 daripadanya tahun ini.  

Sumber : AFP/NJ/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan