Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penyokong Trump ganggu ucapan Datuk Bandar London, Sadiq Khan

Di Britain, sekumpulan penunjuk perasaan yang menyokong Presiden Amerika Donald Trump, mengganggu ucapan Datuk Bandar London, Sadiq Khan, semalam (13 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jan 2018 08:21PM Dikemas Kini : 14 Jan 2018 10:44PM

LONDON: Di Britain, sekumpulan penunjuk perasaan yang menyokong Presiden Amerika Donald Trump, mengganggu ucapan Datuk Bandar London, Sadiq Khan, semalam (13 Jan).

Ia berlaku dua hari selepas Encik Khan menulis dalam akaun Twitternya bahawa Presiden Trump mendapat mesej beliau tidak dialu-alukan di London kerana agendanya yang memecah-belahkan masyarakat.

Para penunjuk perasaan itu kemudian menyeru agar Encik Khan ditangkap kerana tidak puas hati dengan kenyataan beliau mendakwa para penduduk London, tidak mengalu-alukan kedatangan Presiden Trump ke Britain.

Mereka juga melaungkan dakwaan jutaan warga Britain menyokong Presiden Trump.

Para penunjuk perasaan ini kemudian dibawa keluar dari persidangan ini.

Apabila Datuk Bandar London ini menyambung semula ucapannya, beliau menyifatkan pemimpin Amerika itu dan para penunjuk perasaan sebagai "genius yang mantap" (stable genius).

Itulah jolokan yang digunakan Presiden Trump sebagai tindak balas terhadap tuduhan beliau tidak layak untuk jawatan tersebut.

Sumber : Agensi berita/AA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan