Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penyerang masjid Christchurch naik mahkamah, hadapi tuduhan pengganasan baru

Suspek insiden tembakan beramai-ramai yang di dua masjid di Christchurch, Brenton Tarrant, dijangka membuat rayuan serta berdepan tuduhan pengganasan baru apabila dihadapkan ke mahkamah esok (14 Jun). 

Anggaran Waktu Membaca:
Penyerang masjid Christchurch naik mahkamah, hadapi tuduhan pengganasan baru

Suspek insiden tembakan beramai-ramai yang di dua masjid di Christchurch, Brenton Tarrant, dijangka membuat rayuan. (Gambar: Sanka VIDANAGAMA/AFP)

Diterbitkan : 13 Jun 2019 10:37PM Dikemas Kini : 13 Jun 2019 10:42PM

WELLINGTON: Suspek insiden tembakan beramai-ramai yang di dua masjid di Christchurch, Brenton Tarrant, dijangka membuat rayuan serta berdepan tuduhan pengganasan baru apabila dihadapkan ke mahkamah esok (14 Jun).

Dalam serangan 15 Mac yang disiarkan secara langsung di Facebook, Tarrant, pengganas kulit putih berasal dari Australia yang bersenjatakan senapang semi-automatik, menyasar penganut Islam yang menunaikan solat Jumaat di dua masjid Christchurch, membunuh 51 jemaah serta mencederakan puluhan yang lain.

Tarrant sudah berdepan 50 tuduhan membunuh bagi serangan itu dan apabila dihadapkan di Mahkamah Tinggi Christchurch esok, dia akan didakwa mengikut akta pengganasan - kali pertama tuduhan seperti itu dibacakan di New Zealand.

Polis mengumumkan rancangan membawa pertuduhan pengganasan dan pertuduhan tambahan membunuh bulan lalu.

Kenyataan yang dikeluarkan kepada media oleh Hakim Mahkamah Tinggi Christchurch, Cameron Mander minggu lalu menyatakan bahawa Tarrant dijangka membuat rayuan berhubung tuduhan ke atasnya.

Tarrant tidak dikehendaki membuat rayuan ketika dihadapkan di mahkamah 5 April lalu oleh kerana Hakim Mander mengarahkan dia menjalani pemeriksaan mental terlebih dulu untuk menentukan jika dia layak dibicarakan.

Mahkamah juga menarik balik arahan yang memerlukan wajah Tarrant ditutup, yang memaksa media mengabur wajahnya.

“Mahkamah memutuskan tidak perlu lagi imej wajah defendan ditutup dan arahan kini ditarik balik,” menurut hakim minggu lalu.

Tarrant, seorang warga Australia ditahan sejurus selepas kejadian pembunuhan beramai-ramai itu dan dipindahkan ke satu-satunya penjara kawalan ketat New Zealand di Auckland.

Dia akan dihadapkan di Mahkamah Tinggi Christchurch menerusi video.

Perdana Menteri Jacinda Ardern melabel insiden pembunuhan beramai-ramai itu sebagai tindakan pengganasan dan segera memperkenalkan undang-undang senjata api baru yang mengharamkan penggunaan senjata semi-automatik.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan