Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penyeludup diberkas cuba seludup 63 orang Myanmar ke M'sia

Seorang penyeludup dan empat anak kapal diberkas oleh polis Myanmar di barat wilayah Rakhine kerana menyeludup 63 orang ke Malaysia, lapor agensi berita China Xinhua yang menukil kenyataan polis tempatan pada Rabu (10 Julai).

Anggaran Waktu Membaca:
Penyeludup diberkas cuba seludup 63 orang Myanmar ke M'sia

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 11 Jul 2019 08:17AM Dikemas Kini : 11 Jul 2019 08:20AM

YANGON: Seorang penyeludup dan empat anak kapal diberkas oleh polis Myanmar di barat wilayah Rakhine kerana menyeludup 63 orang ke Malaysia, lapor agensi berita China Xinhua yang menukil kenyataan polis tempatan pada Rabu (10 Julai).

Penangkapan itu dibuat apabila bot yang membawa mangsa kehabisan minyak semasa dalam perjalanan ke Malaysia dan ditemui terkandas berhampiran pantai di perbandaran Maungtaw oleh polis yang mengawal sempadan pada Ahad.

Mereka yang ditahan termasuk penyeludup utama, Hamad Tusaung.

Menerusi soal siasat, Hamad mengakui bahawa dia pulang dari Malaysia selepas mencapai persetujuan dengan seorang penyeludup manusia di negara itu untuk menyeludup penduduk tempatan dan menerima bayaran sebanyak AS$722.8 (S$981.5) untuk menjayakan misi tersebut.

Hamad turut mengenakan bayaran sebanyak 1.7 juta kyat (S$1,532) bagi setiap penumpang untuk perjalanan itu.

Tuduhan-tuduhan sudah dikemukakan terhadap Hamad dan empat anggota kru bot itu di bawah Undang-Undang Antipemerdagangan Manusia Myanmar. 

Sumber : Bernama/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan