Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penyelamat cari perempuan 12 tahun tertimbus dalam timbunan sampah di India

Pasukan penyelamat berkejar masa untuk mencari seorang perempuan berusia 12 tahun yang dipercayai sudah tiga hari terperangkap di bawah sebuah timbunan sampah. Kejadian itu berlaku ketika dia sedang mencari sisa yang masih boleh digunakan di barat India.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyelamat cari perempuan 12 tahun tertimbus dalam timbunan sampah di India

(Gambar: AFP/Sam Panthaky)

Diterbitkan : 29 Sep 2020 11:24PM Dikemas Kini : 29 Sep 2020 11:27PM

AHMEDABAD: Pasukan penyelamat berkejar masa untuk mencari seorang perempuan berusia 12 tahun yang dipercayai sudah tiga hari terperangkap di bawah sebuah timbunan sampah. Kejadian itu berlaku ketika dia sedang mencari sisa yang masih boleh digunakan di barat India.

Neha Vasava dan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun berada di atas timbunan sampah setinggi 25 hingga 30 meter itu di tapak pembuangan sampah terbesar Ahmedabad apabila ia roboh pada Sabtu malam.

Dianggarkan empat juta rakyat India, ramai daripadanya kanak-kanak, bekerja dalam keadaan kotor dan berbahaya, seperti memungut logam dan bahan lain daripada sampah untuk dijual.

"Kanak-kanak lelaki itu juga tertimbus di bawah sampah, tetapi disebabkan kepalanya boleh dilihat, dia diselamatkan para penduduk tempatan," menurut timbalan ketua pegawai bomba MP Mistry kepada AFP.

"Operasi kami akan diteruskan sehingga kami menemuinya."

Menurut Encik Mistry, operasi menyelamat amat rumit kerana para penyelamat tidak dapat bernafas dengan baik ketika dikelilingi bertan-tan sampah manakala anjing liar yang berkeliaran turut mengganggu kerja mereka.

Tapak pembuangan sampah yang menerima kira-kira 3,500 tan sampah sehari dari bandar didiami 5.6 juta penduduk itu menjadi tempat tinggal ratusan keluarga daif yang bekerja sebagai pemungut barangan lusuh.

Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), lebih daripada 41 juta kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun terpaksa bekerja di Asia Selatan.

Sementara itu, para pakar berpendapat sekatan pergerakan yang bertujuan mengekang penularan COVID-19 memburukkan lagi masalah buruh kanak-kanak.  

Sumber : AFP/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan