Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penyair Arab dipenjara kerana apikan pengganasan secara online

Penyair Arab didapati bersalah mengapi-apikan pengganasan menerusi sekuntum sajaknya

Anggaran Waktu Membaca:
Penyair Arab dipenjara kerana apikan pengganasan secara online

Gambar fail Dareen Tatour. (Gambar: REUTERS/Ammar Awad)

Diterbitkan : 31 Jul 2018 08:56PM Dikemas Kini : 31 Jul 2018 08:58PM

BAITULMAKDIS: Sebuah mahkamah Israel menjatuhi hukuman panjara lima bulan, terhadap seorang penyair Arab hari ini (31 Jul), selepas dia didapati bersalah mengapi-apikan pengganasan menerusi sekuntum sajaknya dan tulisan-tulisan yang dimuat naik pada wadah media sosial semasa satu siri serangan di jalan raya Palestin berlaku.

Dareen Tatour, 36 tahun, memuat naik ke Facebook dan YouTube sebuah video rakaman dirinya menyampaikan sajak bertajuk "Resist, My People, Resist" (Berontak Kaumku, Berontak) sebagai muzik latar kepada video yang memaparkan para belia Palestin bertopeng melempar batu dan bom api ke arah askar-askar Israel.

Kesnya menarik perhatian golongan penyokong hak kebebasan bersuara di Israel dan luar negara. Ia menarik perhatian kepada teknologi canggih digunakan oleh agensi-agensi keselamatan Israel bagi menapis media sosial untuk mengenal pasti dan menangkap para pengguna yang dipercayai api-apikan keganasan ataupun merancang serangan.

Menurut Tatour, sajak tulisannya disalah faham oleh pihak berkuasa Israel memandangkan ia bukan satu gesaan untuk memulakan keganasan, sebaliknya ia demi perjuangan tanpa keganasan.

Selain itu, Tantour juga didakwa menyokong sebuah kumpulan pengganas. Pihak pendakwa raya berkata bahawa Tantour menyuarakan sokongan kepada seruan kumpulan Jihad Islam yang mengajak supaya diadakan pemberontakan.

Sumber : Reuters/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan