Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penutupan pemerintahan AS cetus kebimbangan keselamatan lapangan terbang

Para pekerja keselamatan lapangan terbang dan pengawal udara memberi amaran, keselamatan lapangan-lapangan terbang di Amerika Syarikat itu akan terdedah kepada bahaya jika penutupan pemerintahan berterusan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Jan 2019 07:36PM Dikemas Kini : 10 Jan 2019 10:44PM

WASHINGTON: Penutupan jentera pentadbiran Amerika Syarikat semakin meruncing.

Kali ini para pekerja keselamatan lapangan terbang dan pengawal udara memberi amaran, keselamatan lapangan-lapangan terbang di negara itu akan terdedah kepada bahaya jika penutupan itu berterusan.

Sekitar 51,000 pekerja pengangkutan dan keselamatan merupakan antara 800,000 pekerja pemerintah federal yang terpaksa bekerja tanpa dibayar gaji sejak krisis itu tercetus.

Pentadbiran Donald Trump sebelum ini memberi jaminan kakitangan yang bertugas di semua lapangan terbang mencukupi dan para pelancong tidak akan terjejas dengan penutupan itu.

Namun para pemimpin kesatuan sekerja mendakwa ramai pekerja sudah berhenti kerja dan ramai lagi yang akan mengundurkan diri.

Penutupan sebahagian operasi pentadbiran Amerika Syarikat itu sudah berlarutan selama 19 hari dan dijangka akan berterusan.

Ini menyusuli rundingan mengenai pembiayaan bagi pembinaan tembok sempadan yang gagal hari ini. 

Sumber : Agensi berita/SS/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan