Images
  • australia
    (Gambar: Agensi berita)

Penutupan Australia Selatan yang sepatutnya kuat kuasa 6 hari dipendekkan

ADELAIDE: Para penduduk Australia Selatan boleh menarik nafas lega kerana tempoh penutupan wilayah itu akan dipendekkan.

Ia sepatutnya berkuat kuasa selama enam hari mulai semalam (19 Nov).

Bagaimanapun, menurut Perdana Menterinya, Steven Marshall, hampir semua kegiatan harian boleh dilakukan semula mulai tengah malam esok (21 Nov).

Pihak berkuasa menjelaskan langkah menghentikan semua kegiatan dikeluarkan kelmarin kerana seorang lelaki berbohong kepada pasukan pengesan kontak bagi kes COVID-19.

Australia Selatan, mempunyai 1.8 juta penduduk, tidak mempunyai kes baru penyakit itu selama beberapa bulan sehinggalah pada Ahad lalu (15 Nov).

Sejak itu, 25 kes dikesan dan jumlah kes baru dijangka meningkat sepanjang beberapa hari akan datang ini.

Namun, tiada kes baru dikesan semalam (19 Nov). 

- Agensi berita/MU/na

Top