Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penuntut kolej dakwa dicabul pendakwah selebriti Malaysia

Seorang pelajar wanita berusia 22 tahun membuat aduan polis terhadap seorang pendakwah selebriti, mendakwa dicabul lelaki berusia 25 tahun itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Penuntut kolej dakwa dicabul pendakwah selebriti Malaysia

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 30 Nov 2020 11:08PM Dikemas Kini : 30 Nov 2020 11:09PM

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar wanita berusia 22 tahun membuat aduan polis terhadap seorang pendakwah selebriti, mendakwa dicabul lelaki berusia 25 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, penuntut kolej itu mendakwa kejadian tersebut berlaku pada 17 Oktober, di rumah suspek di Damansara Perdana.

"Suspek didakwa mempelawa wanita itu ke rumahnya untuk mengajar beliau mengenai pemasaran perniagaan. Namun, mangsa dicabul selain turut dipaksa melakukan seks oral," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini (30 Sep).

"Berikutan kejadian itu mangsa mengalami trauma dan kini mendapat rawatan di pusat perubatan di sini", tambahnya lagi.

Menurut beliau, suspek masih ditahan reman sehingga 1 Dis bersabit laporan berasingan kes rogol yang diterima.

Seorang wanita berusia 23 tahun membuat laporan kepada polis Shah Alam pada Rabu mengenai kes rogol itu, dan suspek ditahan dua hari kemudian. 

Sumber : Bernama/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan