Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penunjuk perasaan Hong Kong gesa G20 bangkitkan isu ekstradisi kepada China

Para penunjuk perasaan di Hong Kong berarak ke konsulat-konsulat utama pada Rabu (26 Jun) dalam usaha menggesa negara-negara G20 supaya membangkitkan isu kebebasan yang terhakis di hab kewangan itu kepada China, di sidang puncak hujung minggu ini di Jepun.

Anggaran Waktu Membaca:
Penunjuk perasaan Hong Kong gesa G20 bangkitkan isu ekstradisi kepada China

(Gambar: Twitter/Don North)

Diterbitkan : 27 Jun 2019 10:22AM Dikemas Kini : 27 Jun 2019 11:30AM

HONG KONG: Para penunjuk perasaan di Hong Kong berarak ke konsulat-konsulat utama pada Rabu (26 Jun) dalam usaha menggesa negara-negara G20 supaya membangkitkan isu kebebasan yang terhakis di hab kewangan itu kepada China, di sidang puncak hujung minggu ini di Jepun.

Hong Kong digegarkan dengan bantahan besar-besaran bulan ini, dengan para penunjuk perasaan menuntut agar rang undang-undang ekstradisi digugurkan.

Perhimpunan besar-besaran itu mencerminkan kebimbangan terhadap China yang dikhuatiri akan menyekat kebebasan bersuara dan warisan unik bandar tersebut.

China pula menyatakan ia tidak akan membenarkan sebarang perbincangan tentang tunjuk perasaan di Hong Kong semasa sidang puncak G20 berlangsung di Jepun pada Jumaat dan Sabtu. Ini meskipun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sudah mengatakan bahawa beliau akan menyentuh tentang isu tersebut dalam satu pertemuan dengan Presiden Xi Jinping.

"China tidak akan bersetuju jika G20 membincangkan isu Hong Kong. Ini adalah ehwal dalaman China semata-mata," menurut jurucakap Kementerian Ehwal Luar Geng Shuang pada Rabu.

Ini bagaimanapun tidak menghalang penunjuk perasaan di Hong Kong untuk cuba mengambil kesempatan daripada perhimpunan para pemimpin dunia di Osaka itu untuk meningkatkan kesedaran tentang gerakan mereka dan menambah tekanan terhadap Presiden Xi dan pemimpin bandar Hong Kong Carrie Lam.

Pada Rabu, sekitar 1,000 penunjuk perasaan yang membawa sepanduk berarak menuju ke konsulat-konsulat G20 untuk menyerahkan petisyen dan merayu kepada wakil diplomat untuk melobi pemerintah masing-masing.

Pada sebelah malam pula, sekitar 4,000 penunjuk perasaan berhimpun di sebuah taman di kawasan komersil.

Pada awal pagi Khamis, beratus-ratus orang berhimpun di luar ibu pejabat polis di daerah Wan Chai, di mana mereka melonggokkan payung-payung dan mengepung kawasan berkenaan.

Para penunjuk perasaan juga melancarkan kempen pendanaan awam untuk membeli iklan dari akhbar-akhbar kewangan utama dengan harapan para pemimpin G20 - perhimpunan negara-negara maju dan membangun - akan mendapat perhatian mereka semasa sidang puncak itu.

Pihak penganjur berkata mereka menerima respons luar jangkaan, dengan sekitar 20,000 orang mendermakan HK$5.48 juta (S$950,400) secara keseluruhannya apabila pungutan dana dihentikan pada Selasa.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan