Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penunjuk perasaan adakan tiga perarakan di Hong Kong dengan kelulusan pihak berkuasa

Ratusan penunjuk perasaan termasuk penduduk warga emas, berarak ke bangunan konsulat Amerika Syarikat pada Ahad (1 Dis) sebagai menunjukkan "rasa terima kasih" atas sokongan Amerika Syarikat kepada bantahan anti-pemerintah.

Anggaran Waktu Membaca:
Penunjuk perasaan adakan tiga perarakan di Hong Kong dengan kelulusan pihak berkuasa

Seorang penunjuk perasaan bertopeng muka menghadiri perarakan untuk mengucapkan terima kasih kepada Amerika Syarikat di Hong Kong pada 1 Dis 2019. (Gambar: Thomas Peter/Reuters)

Diterbitkan : 01 Dec 2019 04:34PM Dikemas Kini : 01 Dec 2019 04:35PM

HONG KONG: Ratusan penunjuk perasaan termasuk penduduk warga emas, berarak ke bangunan konsulat Amerika Syarikat pada Ahad (1 Dis) sebagai menunjukkan "rasa terima kasih" atas sokongan Amerika Syarikat kepada bantahan anti-pemerintah yang menjerumuskan wilayah itu dalam kancah kekacauan selama hampir enam bulan.

Dengan mengibarkan bendera Amerika, ada yang menyarungkan kemeja-t dan topi logo dengan Trump, penunjuk perasaan itu membawa kain rentang bertulis "Presiden Trump, tolong bebaskan Hong Kong."

Awal minggu ini, Encik Trump menandatangani satu undang-undang yang menyokong penunjuk perasaan prodemokrasi bandar yang ditadbir China itu, membangkitkan kemarahan Beijing.

Juga berlangsung hari ini, perarakan ratusan penunjuk perasaan, termasuk keluarga dengan anak kecil,
membantah penggunaan gas pemedih mata oleh polis.

Mereka membawa belon kuning dan mengibarkan kain rentang bertulis ‘Hapus gas pemedih mata, selamatkan anak kita’ sambil berarak ke kawasan tengah bandar raya menuju ke ibu pejabat pemerintah.

“Kami mahu polis berhenti menggunakan gas pemedih mata. Ia bukan cara yang baik untuk menyelesaikan masalah. Pemerintah perlu mendengar suara rakyat. Ia tidak masuk akal,” kata seorang wanita yang dikenali sebagai Wong yang turut serta berarak bersama suami dan anak lelaki mereka berusia lima tahu.

Setiausaha Keselamatan Hong Kong, John Lee berkata, polis sudah melepaskan kira-kira 10,000 pusingan gas pemedih

Tiga perarakan dirancang hari ini dan semuanya sudah mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Semalam, pelajar sekolah menengah dan pesara bergabung mengadakan tunjuk perasaan untuk membantah apa yang disifatkan sebagai keganasan polis dan penahanan menyalahi undang-undang.

Beberapa lagi lagi bantahan dirancang sepanjang minggu ini dengan ujian terbesar sokongan terhadap kempen anti-pemerintah dijadualkan pada Ahad depan (8 Dis).

Satu rapat dirancang Fron Hak Kemanusiaan Sivil, kumpulan sama yang menganjurkan perarakan besar-besaran pada Jun lalu yang menarik jutaan peserta. 

Sumber : Reuters/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan