Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penunjuk kelajuan pesawat Lion Air rosak dalam 4 penerbangan sebelum ini

Komite Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT) Indonesia pada Isnin (5 Nov) mendedahkan penunjuk kelajuan penerbangan dalam Boeing Co 737 MAX yang terhempas minggu lalu, sudah rosak dalam empat penerbangannya sebelum itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Penunjuk kelajuan pesawat Lion Air rosak dalam 4 penerbangan sebelum ini

Keluarga para mangsa pesawat Lion Air JT610 meneliti barangan peribadi penumpang. (Gambar: Beawiharta/Reuters)

Diterbitkan : 05 Nov 2018 11:13PM Dikemas Kini : 05 Nov 2018 11:20PM

JAKARTA: Komite Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT) Indonesia pada Isnin (5 Nov) mendedahkan penunjuk kelajuan penerbangan dalam Boeing Co 737 MAX yang terhempas minggu lalu, sudah rosak dalam empat penerbangannya sebelum itu.

Pesawat Lion Air tersebut membawa 189 orang apabila ia terhempas.

Kerosakan itu terbongkar apabila data dimuat turun dari perakam data penerbangan pesawat itu, kata ketua KNKT Soerjanto Tjahjono kepada para wartawan. Beliau menambah pihaknya sudah bertanya kepada Boeing dan penguasa Amerika Syarikat apakah langkah susulan yang akan diambil untuk mengelakkan masalah pada pesawat jenis yang sama di serata dunia.

"Kami sedang merancang bersama NTSB dan Boeing, pemeriksaan rapi berhubung penunjuk kelajuan penerbangan," kata Encik Soerjanto, merujuk kepada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara Amerika Syarikat.

Belum dipastikan lagi sama ada kerosakan yang dilaporkan adalah akibat isu mekanikal atau penyenggaraan, atau jika pihak berkuasa Amerika Syarikat akan mengarahkan sebarang pemeriksaan.

Pakar-pakar keselamatan berkata terlalu awal untuk menentukan sebab di sebalik nahas Isnin lalu yang melibatkan penerbangan Lion Air dari Jakarta ke bandar perlombongan timah, Pangkal Pinang.

Pihak berkuasa belum dapat mengesan dari dasar laut alat perakam suara kokpit pesawat itu yang terhempas di timur laut Jakarta 13 minit selepas berlepas.

Boeing enggan memberi sebarang komen. Yang pasti, syarikat pengeluar pesawat dari Amerika Syarikat itu sudah menghantar 219 pesawat 737 MAX kepada pelanggan-pelanggan antarabangsa, menurut laman Boeing. Syarikat itu mempunyai 4,564 pesanan bagi pesawat itu yang belum lagi dilaksanakan.

Pesawat Boeing 737 MAX adalah versi jimat minyak bagi pesawat Boeing yang popular.

Nahas Lion Air itu adalah yang pertama melibatkan jenis kapal terbang itu yang mula digunakan syarikat-syarikat penerbangan tahun lalu.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan