Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penunggang motosikal warga S'pura maut dirempuh van di Johor

Seorang lelaki warga Singapura maut dalam keadaan mengerikan apabila putus kepala selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganganya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van di Kilometer 6.6 Jalan Gelang Patah-Ulu Choh, dekat Iskandar Puteri, pagi tadi (16 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Penunggang motosikal warga S'pura maut dirempuh van di Johor

(Gambar: Info Kemalangan & Bencana Malaysia/Facebook)

Diterbitkan : 16 Jun 2019 04:28PM Dikemas Kini : 16 Jun 2019 04:51PM

ISKANDAR PUTERI: Seorang lelaki warga Singapura maut dalam keadaan mengerikan apabila putus kepala selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganganya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van di Kilometer 6.6 Jalan Gelang Patah-Ulu Choh, dekat Iskandar Puteri, pagi tadi (16 Jun).

Menurut Utusan Online, nahas pada kira-kira jam 9.00 pagi itu mengorbankan Liaw Ziang E, 43 tahun, yang tercampak ke tengah jalan akibat kesan daripada pelanggaran tersebut.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Penolong Pesuruhjaya Dzulkhairi Mukhtar, berkata hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah van jenis Toyota Hiace yang bergerak dari arah Ulu Choh menghala ke Gelang Patah.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, van terbabit dipercayai masuk ke simpang kanan sebelum dirempuh oleh motosikal berkuasa tinggi jenis BMW yang dinaiki mangsa bergerak lurus dari arah Gelang Patah menghala ke Ulu Choh.

“Ekoran daripada kemalangan tersebut, mangsa putus bahagian kepala dan tercampak ke tengah jalan. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, untuk dibedah siasat,” kata Encik Dzulkhairi.

Beliau menambah, dalam kemalangan tersebut, pemandu van terbabit - seorang lelaki rakyat Malaysia - tidak mengalami sebarang kecederaan.

Encik Dzulkhairi memberitahu Utusan Online siasatan di tempat kejadian mendapati keadaan jalan, iaitu jalan dua lorong dua hala, dalam keadaan baik dan cuaca cerah ketika kemalangan berlaku.

“Pemandu van berusia 28 tahun itu ditahan untuk tujuan siasatan lanjut,” ujarnya lanjut kepada Utusan Online. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan