Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penunggang motosikal dipuji kerana gagalkan cubaan lelaki tua bunuh diri

Gambar-gambar menunjukkan seorang penunggang motosikal yang memegang seorang lelaki tua untuk menghentikannya daripada membunuh diri di atas jambatan mendapat pujian warga Malaysia.  

Anggaran Waktu Membaca:
Penunggang motosikal dipuji kerana gagalkan cubaan lelaki tua bunuh diri

(Gambar: ngai.alvin/Facebook)

Diterbitkan : 11 Mar 2020 01:48PM Dikemas Kini : 11 Mar 2020 01:49PM

PETALING JAYA: Gambar-gambar menunjukkan seorang penunggang motosikal yang memegang seorang lelaki tua untuk menghentikannya daripada membunuh diri di atas jambatan mendapat pujian warga Malaysia.

Pengguna Facebook Alvin Ngai mengongsikan gambar-gambar itu di akaunnya pada hujung minggu lalu sambil menulis bahawa insiden tersebut adalah satu peringatan bahawa kebaikan dan tidak mementingkan diri masih mekar dalam kalangan kaum berbeza meskipun tercetusnya kemelut politik di Malaysia baru-baru ini.

"Saya ternampak seorang kawan Melayu cuba menenangkan seorang pakcik berbangsa Cina yang ingin membunuh dirinya sendiri. Adegan itu cukup menyentuh saya.

"Ahli-ahli politik, tolong jangan lanjutkan ketegangan hubungan antara kaum bagi kepentingan sendiri.

"Saya sayang Malaysia dan saya sayang rakan-rakan saya daripada semua kaum," tulis Encik Ngai dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Mandarin seperti ditukil Malaymail.

Kejadian itu dipercayai berlaku di jambatan Sultan Ismail di Muar, Johor, jam 2.40 petang pada 7 Mac.

China Press melaporkan lelaki tua itu dipercayai mengalami penyakit dan mahu menamatkan hidupnya.

Akhbar harian China itu juga melaporkan bahawa pegawai kanan komander operasi Jabatan Kebakaran dan Penyelamat Muar Mohd Jefri Jamal mengesahkan kes itu. Encik Mohd Jefri menambah bahawa lelaki tersebut membatalkan cubaan untuk membunuh diri setelah didekati seorang anggota awam dan beliau dihantar ke hospital untuk menjalani rawatan setelah dibawa bertenang.

Catatan Encik Ngai itu menerima lebih 12,000 reaksi di Facebook dengan kebanyakan komen memuji tindak balas pantas penunggang motosikal berkenaan dan menggalakkan kesedaran lebih tinggi mengenai kesihatan mental serta perbuatan bunuh diri.

"Saya akan melakukan perkara yang sama. Pakcik itu memerlukan bantuan. Kita mesti memberitahu semua orang yang mengalami kemurungan bahawa mereka tidak bersendirian dan kita boleh membantu. Tiada seorang pun yang patut menamatkan hidupnya dalam keadaan sia-sia," tulis seorang pengguna, Zuan Ishmael.   

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan