Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penunggang motosikal campak sampah dibuang pemandu di jalan raya

Barangkali anda pernah melihat sendiri tindakan pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab, membuang sampah sembarangan dari kenderaan sendiri. Apakah reaksi anda ketika itu?

Anggaran Waktu Membaca:
Penunggang motosikal campak sampah dibuang pemandu di jalan raya

Petikan gambar dari video Twitter yang menunjukkan penunggang motosikal memberi pengajaran kepada seorang pemandu.

Diterbitkan : 24 Sep 2018 06:11PM Dikemas Kini : 24 Sep 2018 06:15PM

BEIJING: Barangkali anda pernah melihat sendiri tindakan pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab, membuang sampah sembarangan dari kenderaan sendiri. Apakah reaksi anda ketika itu?

Jika anda antara mereka yang sering membuang paket, tin kosong, botol plastik dan bermacam-macam lagi sampah di jalan raya, pastikan anda menghentikan tabiat buruk itu!

Seorang pemandu wanita di Beijing menerima padahnya semasa membuang sampah sembarangan. Mungkin juga beliau serik dan tidak lagi akan melakukan perkara sedemikian, lebih-lebih lagi dengan cara yang tidak dapat dilupakan seperti ini, lapor NDTV.

Satu video yang dimuat naik agensi berita CGTN ke laman Twitter menunjukkan sebuah kereta yang berhenti di satu persimpangan jalan. Saat lampu isyarat masih merah, kelihatan seorang wanita tiba-tiba mencampak keluar sampah dari kenderaannya.

Namun, apa yang menarik adalah reaksi penunggang motosikal yang berhenti di sebelah keretanya. Penunggang itu mengutip sampah yang dibuang wanita berkenaan lalu mencampaknya kembali ke dalam kenderaan tersebut, lapor NDTV.

Wanita berkenaan naik berang seolah-olah melemparkan kata-kata kesat. Namun, dengan selamba, penunggang berkenaan menunggang motosikalnya dan mengabaikan wanita tersebut. Ini membuatnya semakin 'naik hantu' sehingga keluar dari kenderaan, menjerit-jerit kerana marah.

Ramai yang menonton video itu memuji tindakan "wajar" penunggang motosikal berkenaan. "Langkah bijak didik orang awam tentang kebersihan," kata seorang pengguna.

Apa pendapat anda tentang tindakan lelaki itu? Apakah ada cara lebih baik untuk mendidik masyarakat? Renungkanlah.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan