Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penularan wabak Wuhan: WHO mungkin adakan mesyuarat tergempar

ertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mungkin mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan penularan sejenis virus korona baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Penularan wabak Wuhan: WHO mungkin adakan mesyuarat tergempar

Lambang Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) di ibu pejabatnya di Geneva (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 14 Jan 2020 11:43PM Dikemas Kini : 11 Mar 2020 11:44AM

THAILAND: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mungkin mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan penularan sejenis virus korona baru yang mencetuskan wabak radang paru-paru di bandar Wuhan, China.

Kes pertama penyakit itu di luar China sudah disahkan di Thailand. Pesakitnya ialah seorang wanita yang tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok dari Wuhan minggu lalu.

Beliau mengalami demam panas dan sudah diasingkan di hospital. Bagaimanapun pihak berkuasa Thailand menyatakan wanita itu sudah sembuh.

Semua kes penyakit radang paru-paru itu sebelum ini dikaitkan dengan sebuah pasar makanan laut di Wuhan yang kini sudah ditutup.

Di China, lebih 40 kes penyakit itu dikesan dan seorang penghidapnya sudah meninggal dunia.

Pihak berkuasa China menyatakan radang paru-paru itu berpunca dari sejenis virus korona baru.

Virus misteri itu dari kelompok yang menyebabkan penyakit SARS tetapi ia tidak menular secara langsung dari manusia kepada manusia.

Sumber : Agensi berita/MU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan