Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penularan selesema burung merebak ke ladang di wilayah keempat Jepun

Selesema burung dikesan di wilayah keempat Jepun, menurut kementerian pertanian pada Selasa (1 Dis), sedang gelombang jangkitan di ladang-ladang ternakan ayam itik mencetuskan penularan terburuk di negara itu dalam lebih empat tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Penularan selesema burung merebak ke ladang di wilayah keempat Jepun

Gambar fail askar Jepun memakai PPE di tengah penularan selesema burung pada Nov 2016 (Gambar: AFP/STR/Ground Self Defense Force via Ji)

Diterbitkan : 01 Dec 2020 12:29PM Dikemas Kini : 01 Dec 2020 12:34PM

TOKYO: Selesema burung dikesan di wilayah keempat Jepun, menurut kementerian pertanian pada Selasa (1 Dis), sedang gelombang jangkitan di ladang-ladang ternakan ayam itik mencetuskan penularan terburuk di negara itu dalam lebih empat tahun.

Selesema burung dikesan di sebuah ladang ternakan ayam itik di bandar Hyuga di wilayah Miyazaki di pulau Honshu, barat daya Jepun, menurut kementerian itu di laman webnya. Tiada kemungkinan manusia akan dijangkiti selesema burung daripada memakan ayam ituk atau telur, menurut kementerian itu.

Penularan terburuk Jepun sejak sekurang-kurangnya 2016 itu bermula bulan lalu di wilayah Kagawa di pulau Shikoku, berdekatan dengan pulau Kyushu.

Sebanyak 40,000 ekor ayam di ladang Miyazaki akan dihapuskan dan ditanam, sementara eksport dalam lingkungan 3 kilometer di sekeliling ladang itu akan disekat.

Langkah terbaru itu bermakna lebih daripada 1.8 juta ayam akan dihapuskan sejak penularan terbaru itu bermula.

Kali terakhir flu burung menular di Jepun adalah pada Januari 2018, juga di wilayah Kagawa, apabila 91,000 ekor ayam dihapuskan.

Kali terakhir wabak itu menular secara meluas adalah antara November 2016 dengan Mac 2017, menyebabkan 1.67 juta ayam dihapuskan akibat selesema burung jenis H5N6.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan