Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penting ASEAN main peranan membina hurai krisis Myanmar, tegas PM Thai

Semasa berucap di Sidang Puncak ASEAN hari ini (26 Okt), Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha menyuarakan keprihatinan mengenai kewibawaan ASEAN sedang dunia menyaksikan bagaimana ia menangani krisis politik di Myanmar.

Anggaran Waktu Membaca:
Penting ASEAN main peranan membina hurai krisis Myanmar, tegas PM Thai

Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha di Sidang ASEAN ke-34 pada 2019. (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 26 Oct 2021 06:41PM Dikemas Kini : 26 Oct 2021 06:42PM

YANGON: Semasa berucap di Sidang Puncak ASEAN hari ini (26 Okt), Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha menyuarakan keprihatinan mengenai kewibawaan ASEAN sedang dunia menyaksikan bagaimana ia menangani krisis politik di Myanmar.

PM Prayut menarik perhatian mengenai betapa penting untuk ASEAN memainkan peranan yang membina dalam menangani krisis tersebut.

Beliau berharap Myanmar juga akan melahirkan kepercayaan terhadap ASEAN untuk membantunya mencapai keamanan bagi memastikan negara itu boleh mengembalikan semula proses demokratik.

PM Prayut juga mengulangi gesaan agar utusan khas ASEAN akan dapat melawat Myanmar dalam masa terdekat.

Ini, kata beliau, adalah langkah pertama dalam proses membina keyakinan.

Beliau percaya negara-negara anggota ASEAN, termasuk Myanmar, akan dapat mengatasi semua cabaran secara bersama.

Pihak tentera kini memerintah di Myanmar sejak rampasan kuasa pada Februari lalu, apabila Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi disingkirkan.

Pemerintah tentera Myanmar enggan menghantar seorang pegawai peringkat rendah ke Sidang Puncak ASEAN, selepas ASEAN melarang ketua tentera Myanmar, Min Aung Hlaing, daripada menghadiri sidang tersebut.

Pemimpin junta tentera Myanmar tetap berkeras sambil mengatakan ASEAN terpengaruh dengan tekanan dari luar.
Jeneral Min Aung Hlaing menegaskan pemerintahannya berhak menghadiri sidang puncak ASEAN.
Dalam kenyataan terkini, Myanmar menambah ia akan mengambil tindakan sewajarnya berkaitan perwakilan negara itu dalam pertemuan antarabangsa.

Sementara itu, ASEAN belum lagi secara rasmi berkomunikasi dengan Pemerintah Perpaduan Nasional Myanmar (NUG), yang dibentuk para anggota politik.

Namun, Amerika Syarikat sudahpun berbuat demikian secara terang-terangan.
Beberapa hari lalu, Jake Sullivan - penasihat keselamatan nasional Amerika - bertemu secara maya dengan pemimpin NUG.

Para pemerhati berpendapat sidang puncak ASEAN tetap akan berjalan lancar tanpa penyertaan Myanmar.
Selain keadaan politik Myanmar, para pemimpin ASEAN akan membincangkan tentang pemulihan daripada pandemik COVID-19 dan vaksinasi untuk penduduk rantau ini. 

Sumber : CNA/AI/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan