Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penjualan, harga barangan jenama Kate Spade melonjak

NEW YORK: Kematian pereka fesyen Kate Spade pada Selasa (5 Jun) menyebabkan penjualan produk jenama tersebut meningkat 800 peratus.

Anggaran Waktu Membaca:
Penjualan, harga barangan jenama Kate Spade melonjak

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 11 Jun 2018 12:28AM Dikemas Kini : 11 Jun 2018 12:34AM

NEW YORK: Kematian pereka fesyen Kate Spade pada Selasa (5 Jun) menyebabkan penjualan produk jenama tersebut meningkat 800 peratus.

Menurut AstroAwani yang menukil laporan Reuters, pasaran fesyen dalam talian Tradesy menyaksikan perselisihan harga purata, dua kali ganda bekalan dan peningkatan pembelian untuk beg tangan Kate Spade pada hari kematiannya.

Beg tangan yang pada minggu sebelumnya dijual pada harga AS$50 (S$67), melonjak menjadi AS$300 (S$400) pada 5 Jun, seiring koleksi baharu, tambah AstroAwani.

"Setiap kali seorang seniman meninggal dunia, adalah satu perkara biasa yang kita akan melihat adalah permintaan untuk produk mereka bertambah dan harga purata juga meningkat.

"Tetapi saya tidak pernah melihat peningkatan seperti ini sebelum ini," kata Kamini Lane, ketua pegawai pemasaran syarikat yang berpangkalan di Santa Monica.

Sebelum ini, pembuat beg tangan mewah, Tapestry Inc, yang membeli jenama Kate Spade tahun lalu, mengatakan bahawa penjualan jenama Kate Spade di kedai mengecewakan kerana pengurangan diskaun beg baharu telah menelan kos sekitar AS$200 hingga AS$300 (S$267 – S$400).

Kate Spade disahkan meninggal dunia dalam satu insiden yang dipercayai tindakan bunuh diri pada pagi Selasa.

AstroAwani turut memetik laporan Associated Press, yang menukil kenyataan pihak berkuasa bahawa pereka ikonik itu ditemui mati dalam kediaman apartmennya di New York pada 10.20 pagi waktu tempatan.

Portal berita CBS melaporkan, Spade meninggalkan sekeping nota sebelum menggantung dirinya.
Jasadnya ditemui oleh pembantu rumahnya.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan