Penjara di Indonesia terbakar, 41 maut
Satu kebakaran berlaku di sebuah penjara Indonesia di pulau Jawa pada awal Rabu (8 Sep), membunuh 41 orang dan mencederakan puluhan yang lain, kata seorang pegawai.
JAKARTA: Satu kebakaran berlaku di sebuah penjara Indonesia di pulau Jawa pada awal Rabu (8 Sep), membunuh 41 orang dan mencederakan puluhan yang lain, kata seorang pegawai.
Kebakaran di penjara Tangerang itu, yang terletak di luar ibu kota Jakarta, bermula pada awal pagi ketika kebanyakan banduan sedang tidur.
"Sebanyak 41 banduan mati, lapan cedera parah dan 72 yang lain cedera ringan," kata ketua polis Jakarta Fadil Imran kepada wartawan.
Menurut Ketua Lapas (Penjara) Kelas 1 Tangerang, Victor Teguh Prihartono dalam satu kenyataan, punca kebakaran dipercayai akibat litar pintas.
Blok penjara terjejas menempatkan 122 mangsa sedang menjalani hukuman akibat kesalahan berkaitan dadah.
Pihak bomba, polis dan tentera Indonesia masih melakukan kerja-kerja membawa banduan yang cedera ke hospital, dan memindahkan banduan-banduan blok lain, ke tempat yang selamat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.