Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penjara Brazil diserang, polis maut, 92 banduan lari

Sekumpulan lelaki bersenjata meletupkan pintu depan penjara keselamatan maksimum di timur laut Brazil awal pagi Isnin (10 Sep) sehingga membolehkan l92 banduan melarikan diri.

Anggaran Waktu Membaca:
Penjara Brazil diserang, polis maut, 92 banduan lari

Lebih 1,000 pegawai polis dikerah. (Gambar: Claudio Reis/AFP)

Diterbitkan : 11 Sep 2018 09:27AM Dikemas Kini : 11 Sep 2018 11:37AM

SAO PAULO: Sekumpulan lelaki bersenjata meletupkan pintu depan penjara keselamatan maksimum di timur laut Brazil awal pagi Isnin (10 Sep) sehingga membolehkan l92 banduan melarikan diri.

Menurut pihak berkuasa seorang pegawai polis terbunuh dalam kejadian itu.

Para pegawai berkata serangan itu dijalankan sekitar 20 lelaki menggunakan empat kenderaan. Mereka menembak menara kawalan dan menggunakan letupan untuk memusnahkan pintu depan penjara Romeu Goncalves Abrantes.

Seorang pegawai polis ditembak dalam serangan itu dan beliau meninggal dunia di hospital.

Tiada lagi orang dilaporkan cedera atau mati dalam kejadian itu.

Penjara itu adalah kemudahan tahanan maksimum dengan 680 banduan yang terletak di Joao Pessoa, ibu kota Paraiba.

"Kumpulan lelaki bersenjata memusnahkan pintu utama selepas berbalas tembakan dengan polis dan kakitangan penjara," menurut sekretariat penjara negeri.

Menjelang tengah hari, 41 daripada 92 banduan yang melarikan diri berjaya ditahan selepas pasukan keselamatan menyekat ibu kota, menutup sekolah dan pusat perubatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Lebih 1,000 pegawai polis dikerah untuk mengambil bahagian dalam operasi tersebut, kata pihak berkuasa. 

Sumber : AFP/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan