Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penjaga warga S'pura didakwa dera budak lelaki pusat autisme M'sia

Seorang penjaga kanak-kanak autisme warga Singapura yang sebelum ini tular mengasari seorang kanak-kanak lelaki di sebuah Pusat Intervensi Autisme mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang hari ini (13 Okt) atas pertuduhan melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Penjaga warga S'pura didakwa dera budak lelaki pusat autisme M'sia

Wanita warga Singapura Sharifah Mazlan, 51, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU). (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 13 Oct 2021 06:05PM Dikemas Kini : 13 Oct 2021 06:09PM

AMPANG: Seorang penjaga kanak-kanak autisme warga Singapura yang sebelum ini tular mengasari seorang kanak-kanak lelaki di sebuah Pusat Intervensi Autisme mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang hari ini (13 Okt) atas pertuduhan melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak itu.

Tertuduh Sharifah Mazlan, 51 tahun, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Norhazani Hamzah.

Mengikut pertuduhan, ibu tiga anak itu didakwa sebagai penjaga kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu telah melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak tersebut di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Baru Ampang pada pukul 10.00 pagi 1 Oktober lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Hakim Norhazani membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berdekatan pada 7 haribulan setiap bulan serta pasport diserahkan kepada mahkamah.

Tarikh 9 Disember ini ditetapkan untuk sebutan semula kes dan penyerahan dokumen.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret pula tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tinggal di Malaysia melebihi tempoh sah selama sembilan bulan.

Majistret Nur Maizan Rahim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin warga tempatan dan tarikh sama untuk sebutan semula kes.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan