Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Peniaga diberi notis selepas tular kailan ikan masin dijual RM18

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengeluarkan satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) kepada peniaga sebuah restoran berhubung catatan di media sosial mengenai hidangan kailan ikan masin berharga RM18 (S$6).

Anggaran Waktu Membaca:
Peniaga diberi notis selepas tular kailan ikan masin dijual RM18

Petikan video tular di media sosial menunjukkan sayur kailan ikan masin yang dijual pada harga RM18.

Diterbitkan : 29 Nov 2021 11:47AM Dikemas Kini : 29 Nov 2021 11:48AM

KEPALA BATAS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengeluarkan satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) kepada peniaga sebuah restoran berhubung catatan di media sosial mengenai hidangan kailan ikan masin berharga RM18 (S$6).

Dalam kenyataan hari ini (29 Nov), KPDNHEP Pulau Pinang menyatakan peniaga itu perlu memberi maklum balas berhubung NPMB dalam tempoh dua hari bekerja bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut.

"Pihak KPDNHEP Pulau Pinang menerima makluman berkaitan isu yang ditularkan "harga terlalu mahal tidak setara kuantiti yang diberikan” melalui media sosial oleh seorang pelanggan mengenai hidangan kailan ikan masin yang dikatakan mahal, semalam.

"Berikutan itu penguat kuasa kami telahpun ke lapangan (restoran) untuk menyiasat aduan itu semalam dan mengeluarkan satu notis NPMB kepada peniaga restoran berkenaan dan (mereka) perlu memberi maklum balas dalam tempoh dua hari kepada KPDNHEP Pulau Pinang," menurut kenyataan itu.

Menerusi catatan di Facebook pada Ahad, seorang pelanggan memuat naik resit memaparkan harga keseluruhan makanan sebelum ia tular. Individu berkenaan terkejut apabila sebungkus kailan ikan masin dijual pada harga RM18.

“Kita sedia maklum barang mentah naik harga lah (sekarang) ni. Harga (ikan) jenahak, sayur campur, ulam dan sambal, tak apalah kita terima dengan reda.

“Tapi kailan ikan masin yang sikit boleh makan untuk seorang saja berharga RM18 memang sukar untuk diterima. Nak buat macam mana. Reda,” ujar pelanggan itu menerusi laman Facebook, seperti dipetik Utusan Online. 

Sumber : Bernama/Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan